Wednesday, January 19, 2011

Hadiah terbaik!!

13 Januari 2011
ulangtahun kelahiran abah Jah yang ke 45.
Jah di kolej, so
Jah call abah.


abah : hello.
Jah : assalamualaikum my father.
abah : waalaikumussalam my doter.
Jah : selamat hari lahir, nak kakak nyanyi ke?
(tanpa menunggu jawapan abah, terus nyanyi lagu happy birthday.)
ala, tak dapat abah nak belanja kakak KFC.
abah : aik?? beday abah, abah yang belanja?? (sambil ketawa)
Jah : mak tak bagi abah hadiah ke?
abah : tu yang dalam perut mak tu.
hadiah terbaik abah.
Jah : (tersengih bagai first time dapat makan kek)


perbualan diatas menggunakan loud speaker oleh abah Jah,  mak Jah ada disitu sekali



mak Jah pregnant okay.
dapat adik.. ho ye ho ye
daripada jawapan abah Jah tu,
Jah merasakan betapa sweetnya abah Jah tu.

mak dan abah Jah.

kepada yang nak jadi suami Jah,
contohilah abah Jah..
kuang3...
'abah, kakak puji abah ni, nanti belanja tau'.hehe (macam la abah Jah baca blog Jah ni)

Tuesday, January 4, 2011

MengantOOk!!

hari pertama kuliah,
Jah memakai kasut baru.

kelas mathematics for science
pensyarahnya??
lelaki of course.
hensem??
tua sudah, ada janggut, pandai melawak.


status Jah??
tak mengantuk.
tempat duduk??
2 barisan dari belakang.


kelas seterusnya,
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
pensyarahnya??
perempuan.
comel??
arr... ada title doktor.
(macam tak ada kena mengena saja, whatever)
status Jah??
mengantuk tahap paham gila apa yang diajar
mean, angguk, angguk!! geleng, geleng!!

Jah menguap dengan dasyatnya macam singa ni, maaf dr mengantuk sangat

tempat duduk??
depan sekali dalam dewan kuliah 
nak main sudoku pon cuak sebab duduk depan sekali.

akibat memakai kasut baru??
melecet..



Saturday, January 1, 2011

DuyOOng ke DugOOng??

hari ini,
Jah dan rakan-rakan dapat rumah tetap untuk semester kedua.
rumah Jah, teeet...

hot kan Jah?? haha..

mana boleh beritahu kamu-kamu semua,
nanti ada stalker pula.
eleh Jah, baget hOt.

Jam 2.30 petang.
Jah bersama 6 orang rakan.
kak diha, kak ros, wawa, are, zuzu, betty
menaiki prebet sapu
milik Pak Tam. bukan proton saga,
tapi AVANZA.


boleh la muat kami bertujuh.
kalau tak, alamat jadi macam iklan milo padat sensasi tu
tujuan : KALUMPANG

pernah dengar tak??
ala.. yang ada air berani mati tu.
yang suka terjun tu.
walaupun tak nampak la dari mana air tu terjun.

suhu : 15 ijazah celsius kot
Jah hentam je ni. sebab memang sejuk.
tak tipu punya sejuk.
rasa macam duduk dalam peti ais yang bahagian freezer tu,
amboi bunyi macam pernah je duduk dalam freezer.


kami mandi dengan sangat gembira
siap buat renang berirama lagi. 
haha, part renang berirama tu Jah tipu.
muka Jah and the geng menggigil kena air

kami terdampar dalam air yang sejuk dan nyaman
boleh kecut jerawat Jah ni.
sambil menggoyangkan kaki,


wawa berkata :  tengok ni duyung. (merujuk dirinya yang sedang meniarap dalam air)
Jah : duyung ke dugong?
kami pon bergelak ketawa..
sambil menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

status :  penat tapi enjoy la sebelum start kuliah isnin ni.

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru

check this out : tekan sini dulu!!

mari kita berpantun,

nora danish makan agar-agar,
agar-agar berbentuk ikan,
si Jah ni budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.


Jah ni memang baru la dalam dunia blog ni
menarik tau blogging ni sebab kalau status facebook pon ada limit perkataan
blog?? tak ada pon.
boleh letak gambar lagi.
boleh letak video lagi.
boleh tgk gambar yang macam-macam saiz.
boleh apa lagi ya??
aaaaaa...
kamu jawab sendiri la.


rakan seperjuangan Jah.

Friday, December 31, 2010

Bedak Cair Sudah!!

2011 sudah.. (nada Stacy terlebih sudah)
sambil melayan lagu lama tapi masih belum berkarat di kepala otak Jah ni
permaisuri, Data.

  Data bukan Dota ok!

Jah nak cerita pasal bas pula selepas peristiwa lif,
sebagai bakal seorang guru yang bersemangat plus sempoi,
baju kurung, bedak, betulkan tudung, pakai kad matrik, lengkap!
Jah pon melangkahkan kaki
keluar dari rumah menggunakan kasut baru.
eceh, tu pon nak bagitau.


Oi Jah!! mana kisah bas tu??
kejap la...
nanti la, baru je keluar rumah.

sampai sahaja di tempat menunggu bas,
Jah terberhenti...
'ni tunggu bas ke nak beli tiket bola malaysia lawan indonesia ni??'
memang penuh tanda tanya la.


panjang giler.


sebagai bakal guru yang berhemah,
baris je la.
bedak yang Jah pakai tadi dah hilang dilap oleh cahaya matahari
yang agak hot la.
kalau Jah yang hOt tak apa juga.
haha..


kolej = baris
kampus = mampus!

sebab apa kampus mampus??
tak ada barisan. tak cukup jalan.
apa yang kami lakukan??
rebOOooOttttttt!!

masa ni rasa nak fire je semua orang 

dah macam iklan milo tu.
ala, yang ada orang-orang nak masuk kereta yang sedia ada padat.
lawak la iklan tu.
pengalaman rebut bas.
kalau tak masuk sini,
tak rasa!!





Wednesday, December 29, 2010

Award Doe!!

bangga nya... 

ini lah award yang Jah menang tu.. hehe..

1. ucapan anda ?
Jah nak ucapkan bermillion-million terima kasih kepada Chek Suri kerana memberikan anugerah ini.
tak terkata pula. (sambil mengesat air mata) haha, tipu je. anugerah ini Jah
tujukan khas untuk mak abah, adik-adik Jah, yang selama ini menyokong Jah, kawan-kawan lagi.
alamak, panjang la pula ucapan ni. sudah-sudah.
terima kasih baaaaanyak-banyak.. (nada fazura dalam cerita pisau cukur)

2. berikan 4 ciri-ciri isteri/suami idaman untuk dijadikan suami/isteri .
ni yang Jah tak sabar nak jawab ni....
1. menerima Jah seadanya
2. org yang boleh memimpin tangan dan hati Jah ke jalan Allah.
3. manis macam gula-gula kapas
4. hormat mak abah Jah

3. berikan 1 tips untuk kekalkan hubungan dengan pasangan.
alamak!! haru nak bagi tips ni. nak kekal ek?? percaya kot. ntah la.

4. Pernah anda jumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta ?
doa dapat suami soleh pernah la jumpa. nak dekat jodoh ni macam tak pernah je. 
kamu ada ke??
kalau ada, boleh la emel kat Jah. hehe.

5.  letakkan 10 link pilihan anda dan beritahu mereka telah memenangi award ini.
6 je la ea....   
korang adalah insan-insan bertuah memenangi anugerah ini.
1.  2+2=5
2. shaqq
3. natrah
4. eton
5. zuzu
6. mas yang ayu

Monday, December 27, 2010

Ih minah ni, lepuk karang!!

teringat masa mula-mula menjejakkan kaki ke
Universiti Pertemuan Suami Isteri ni
rasa macam raja sehari gitu
 kenapa???
nak bagitahu la ni, 
kehadiran Jah disambut dengan bunga-bunga
yang ditabur pada jalan
siap ada bodyguard lagi kat belakang Jah tu.
bunyi kompang lagi...
pak bung pak bung 

note muzik kompang tu... lalala~

haha. itu angan-angan Jah je.
hakikatnya,
Jah disambut oleh............ jeng jeng jeng 
abang-abang yang hensem kacak lagi bergaya
kakak-kakak yang cute molek dan eligen
(alamak tak reti la nak eja eligen)
janji boleh baca kan..
ayat pertama yang disebut....

"selamat datang CIKGU"
tu dia...
belum mula belajar pon dah dipanggil cikgu.
memang kembang la masa tu
rasa macam nak meletup pon ada.
al maklum la... 
yang mendaftar kat universiti ni bukan Jah sorang


ramai chek oi..
dah tu, lif yang disediakan untuk setiap blok cuma dua
maka dengan itu,
ramai la berebut-rebut nak masuk lif tu
tu belum naik bas lagi
pasal bas nanti Jah cerita.

cuba anda bayangkan ye...
asap kepul-kepul...... (cuba membayangkan)
apabila pintu lif terbuka,
orang yang berada dalam lif tak dan nak keluar
orang yang diluar lif dah bantai masuk dalam lif
gaya mereka ibarat ternampak air dipadang pasir
dasyat tak dasyat
bengang tak bengang
sopan ke tak tu??

rasa nak debik je orang tu

sakit hati Jah kalau Jah jadi orang dalam lif
Jah adalah orang yang diluar lif,
sakit hati sebab kena tolak,
IH MINAH NI, AKU LEPUK KARANG!!
sabar la, aku pon nak naik gak (dalam hati je, sambil pandang belakang senyum-senyum)
geram sungguh...


dengan hati yang bengang,
Jah pon merajinkan diri memanjat tangga yang telah disediakan 
oleh pihak kolej
bersama rakan-rakan serumah Jah
tingkat 6 wooo... 
nak tercabut semua skru-skru yang mencengkam lutut Jah masa tu.

nasihat Jah.,
kalau pon anda tidak belajar moral,
pikir la sikit,
jangan la pikir diri sendiri saja.
tak kan nak masuk lif tunggu orang dalam lif keluar dulu pon nak kena ajar??