Sunday, March 27, 2011

KakChik!!


assalamualaikum dan salam perpaduan
wah gitu, (mentang-mentang la baru joen karnival sekretariat rukun negara)
setelah sekian lama tidak mengupdate blog...

hari in sangat bermakna buat jah 
kerana
jah dah dapat adik baru
kakchik


geramnya....
nak balik!!!
program memanjang kat uni... uhuh...
ada satu je gambar sebab abah hantar satu je...

Tuesday, March 15, 2011

kepit hidung!

assalamualaikum dan salam satu malaysia
dah mandi?
belum? baik pergi mandi sekarang
sudah? bagus dan wangi sekali
baru nak mandi? jangan mandi lama-lama tau (pak tan banyak dalam toilet tu)

pernah tak kamu kamu semua kena tegur atau merasakan diri sendiri busuk?
tapi kamu yakinkah yang kamu tidak menganggu konsentrasi orang lain
kadang-kadang kita tak sedar badan kita mengeluarkan bau yang boleh
mengebabkan orang lain rasa nak menghadiahkan kamu odorono

ok macam ni lah
sekiranya kamu takut badan kamu berbau busuk tanpa kamu sedari
kamu bagitau pada rakan baik kamu supaya bagitau kamu
'weh, kalau aku busuk ko cakap tau kat aku, malu dai kalau orang lain bau'
tak pon
sebagai rakan yang baik,
kamu nasihat begini
'dai, serius ko tak wangi, 5 kilometer pon aku dah boleh bau ko, jatuh saham'
daripada rm5555555555555555555555
jatuh jadi 5sen je

jangan la sedih plus rasa nak bunuh diri pula bila ada orang tegur pasal bau badan kamu
jadila positif
kerana bila kamu berbau wangi pasti ramai yg selesa berbual bergurau bertepuk tampar
dan macam-macam ber lagi la
ok...
sebab tadi masa dalam bas dok sesak-sedak ni
hidung jah ni tertangkap akan bau yang maha dasyat
dari bau badan manusia

tp jah pernah baca juga
bau peluh lelaki boleh membangkitkan mood wanita
lalala~



Monday, March 7, 2011

bersyukur la sikit

assalamulaikum 
dah makan belum?
kalau belum, pergi makan
kalau tengah, pelan-pelan makan
kalau dah makan, ucaplah alhamdulillah 
ikutlah macam Rasulullah 
makan sebelum lapar dan berenti sebelum kenyang

saja nak tunjuk, kedai makan depan kolej (dah tutup sebab tak ramai org datang, 
mandrem tak cukup kuat mungkin)

jah suka dengar lagu raihan yang ni
'dimulakan dengan bismillah
disudahi dengan alhamdulillah
begitulah sehari dalam hidup kita 
mudah-mudahan diberkati Allah'
(sebenarnya tang lirik jah memang suka hentam tp baris satu dan dua tu kompem betul)

pernah dengar kan?
disini
jah nak mengingatkan kamu kamu kamu
dan diri jah jugak
supaya bersyukurlah dengan apa yang Allah dah beri pada kita
ada yang Allah jadikan hitam manis,
ada yang Allah jadikan kurus keding,
ada macam-macam ada lagi la.
jangan la kamu dan jah juga khusyuk dan masyuknya mengutuk orang lain
jah ingat ada member jah kata
kalau kita mengutuk orang lain
maknanya kita mengutuk ciptaan Allah


betapa tidak malunya kita
dah la kita ni dijadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian
bersyukurlah
kita ucap alhamdulillah bila?
mungkin masa sendawa lepas makan
kalau tak sendawa ada sebut tak alhamdulillah?
atau mungkin bila kita dapat result yang gempak gila
atau mungkin, ah... banyak la pulak nak tulis
cuba pikir semula ye
kepada yang rasa diri kadang-kadang tak berapa nak comel
tak berapa nak kacak macho bergaya bijak dan sebagainya
bersyukurlah
setiap yang Allah jadikan pasti ada hikmahnya

sekian dulu,
jah nak mengundurkan diri
assalamualaikum
jawab jangan tak jawab! hehe

Saturday, March 5, 2011

Makan Dalam Woo..

assalamualaikum
tak jawab = dosa, kalau jawab = sayang
so, pilih sekarang
nak dosa ke nak sayang?
pikir-pikirkan dan selamat beramal
...

hari ini jah ada makan dalam sikit la
betul orang kata perkataan lebih tajam daripada pedang
eh, sebenarnya jah pon tak pasti idiom yang jah guna
tapi lebih kurang la maksudnya
...

ceritanya macam ni

tarikh: 6 Mac 2011
masa: 3.20-6.00 petang
aktiviti: mini projek bios logos

sedang jah, effa, dan kamil syok dan masyuknya membuat dinasor menggunakan tanah liat
ada la seorang hamba Allah ni datang ke tempat kami
si Pulanah ni pon cakap 'comelnya'
jah konon-konon nak peguam buruk la dengan dia
jah cakap ' tengoklah orang yang buat'
si Pulanah membalas dengan tidak bersalahnya
'benda ni comel tapi orang yang buatnya tak comel pon'
makan dalam tu ayat dia
terkecik hati sekejap

jah ni walaupon nampak macam palapes
palapes tu apa?
ala palapes tu kuih lapis perisa ceklat
hehe, gurau je ye
palapes ni ala-ala tentera la
tapi hati perempuan
muka otai macam mana sekali pon still ada touching-touching maaa..



pesanan jah: agak-agak la kalau nak cakap pon. pikir la dulu. tapi jah tak salahkan si Pulanah 120%, sebab jah rasa mungkin jah pon pernah tercakap benda-benda seumpamanya tanpa di sedari. maaf ye kepada sesiapa yang pernah terkecik hati dengan jah. kepada si Pulanah, dont worry i dont blame u.