Saturday, October 22, 2011

Awak Harus Bertanggungjawab!!

asslamualaikum... dan salam pengakap.. 
haha.. mentang-mentang la baru balik kelas pengakap...

Jah nak bercerita ni,
pada suatu hari, 
Jah, Aina dan Betty menunggu bas di perhentian bas dihadapan pintu timur 
Universiti Pertemuan Suami Isteri.
tunggu punya tunggu punya tunggu....
akhirnya bas sampai

kami bertiga menggunakan tulang 4 kerat kami
untuk naik ke dalam bas
setelah puas tolak menolak
akhirnya........
dapatlah Jah, Aina dan Betty naik bas walaupon kena berdiri
it's fine, berdiri boleh menguatkan kaki macam superMak
(ye kot, saje je ayat nak sedapkan hati)

dah dalam bas ni, Jah berdiri menghadap ke cermin bas sebelah kiri
sambil tangan kiri pegang kerusi di sebelah kiri
tangan kanan plak mengagau-gagau nak pegang kerusi belah kanan
(tak stabil lah katakan pegang satu je)
gagau punya gagau punya gagau
tetiba tangan Jah ni tercucuk benda yang agak tajam
....

sekali Jah dengar,
'aduh, awok cucuk saye. ni nak bagi dalam lesung pipit saye ke ni'
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
dengan muka menahan malu dan geli
sebab yang tajam tu adalah janggut mamat tu.
Jah pon mintak maaf,
'sorry2, serius tak sengaja'
...
(adoi... malunya Jah, tutup muka la camni)

baiklah, Jah dah mintak maaf.
yang tak boleh belah tu mamat janggut tu cakap kat member sebelah dia
'eh, dah cucuk mintak maaf je, bukan nak bertanggungjawab'
dem!! siput tolla mamat janggut ni..
dah tu, nak Jah pergi datang minang dia ke ape??
ah...lantak kau la.. selagi mamat tu tak mengandung, Jah tak nak bertanggungjawab...
tet...
(rasa nak zip je mulut mamat tu, cakap tak sudah2)
tamat...