Monday, December 27, 2010

Ih minah ni, lepuk karang!!

teringat masa mula-mula menjejakkan kaki ke
Universiti Pertemuan Suami Isteri ni
rasa macam raja sehari gitu
 kenapa???
nak bagitahu la ni, 
kehadiran Jah disambut dengan bunga-bunga
yang ditabur pada jalan
siap ada bodyguard lagi kat belakang Jah tu.
bunyi kompang lagi...
pak bung pak bung 

note muzik kompang tu... lalala~

haha. itu angan-angan Jah je.
hakikatnya,
Jah disambut oleh............ jeng jeng jeng 
abang-abang yang hensem kacak lagi bergaya
kakak-kakak yang cute molek dan eligen
(alamak tak reti la nak eja eligen)
janji boleh baca kan..
ayat pertama yang disebut....

"selamat datang CIKGU"
tu dia...
belum mula belajar pon dah dipanggil cikgu.
memang kembang la masa tu
rasa macam nak meletup pon ada.
al maklum la... 
yang mendaftar kat universiti ni bukan Jah sorang


ramai chek oi..
dah tu, lif yang disediakan untuk setiap blok cuma dua
maka dengan itu,
ramai la berebut-rebut nak masuk lif tu
tu belum naik bas lagi
pasal bas nanti Jah cerita.

cuba anda bayangkan ye...
asap kepul-kepul...... (cuba membayangkan)
apabila pintu lif terbuka,
orang yang berada dalam lif tak dan nak keluar
orang yang diluar lif dah bantai masuk dalam lif
gaya mereka ibarat ternampak air dipadang pasir
dasyat tak dasyat
bengang tak bengang
sopan ke tak tu??

rasa nak debik je orang tu

sakit hati Jah kalau Jah jadi orang dalam lif
Jah adalah orang yang diluar lif,
sakit hati sebab kena tolak,
IH MINAH NI, AKU LEPUK KARANG!!
sabar la, aku pon nak naik gak (dalam hati je, sambil pandang belakang senyum-senyum)
geram sungguh...


dengan hati yang bengang,
Jah pon merajinkan diri memanjat tangga yang telah disediakan 
oleh pihak kolej
bersama rakan-rakan serumah Jah
tingkat 6 wooo... 
nak tercabut semua skru-skru yang mencengkam lutut Jah masa tu.

nasihat Jah.,
kalau pon anda tidak belajar moral,
pikir la sikit,
jangan la pikir diri sendiri saja.
tak kan nak masuk lif tunggu orang dalam lif keluar dulu pon nak kena ajar??



6 comments:

  1. wah cik jah, ko tak enjas2 kew abang2 yang encem2 2? kalo tak kat ko kat aku pom ok gak haha

    ReplyDelete
  2. hensem dyorg dah berpunya... yakin je.. haha.. aku nak belajo dulu.. eeceh... haha... aku ejes tok ko la..

    ReplyDelete
  3. haha.lawok la..alaa cepukk ja mke minah tu.ekekekek

    ReplyDelete
  4. tu la nak je cepuk... tp blom ada keberanian....

    ReplyDelete
  5. anyonyonyooo...itu kucing ka anjing?? heee..hai cik jah!

    ReplyDelete
  6. ntah la daun ceri.. Jah pon konpius...hello...

    ReplyDelete