Monday, January 20, 2014

Mungkinkah Jodoh

Hey, wassap yaw!!
Assalamualaikum
Tak jawab dosa, kalau jawab.... pahala..

Tatkala Jah sedang sibuk memikirkan Final Year Project Jah berkaitan tenaga dalam kapasitor yang Jah sendiri antara paham dengan tak paham ni, dilambung persoalan cinta.
Korang nampak tak tu cintaaaaa.... 
Jah adalah minat kat sorang mamat ni masa praktikal..
Ha... Jangan dok sibuk nak tengok balik post praktikal tu yer.

Minat tu pon sebab kawan baik Jah yang dok kanen-kanenkan tanpa pengetahuan si dia. Mari kita namakan si dia Mr.Rahsia. Hahahaha. Sakan gelak. Kawan Jah kata ada Mr. Rahsia suka pada Jah. Well, hot stuff ni mesti la orang suka. Perasan gile. Phui... Bila umur sudah meningkat keinginan untuk disayangi dan menyayangi semakin membuak-buak. Tu dia.. Merghela nak menikoh.

Aina menceritakan pengalaman adiknya Nuraini Azira atau panggilan glemernya adalah Eraa meluahkan hasrat terbuku dihati nu. Ceritanya begini....

Pada suatu petang yang damai dan indah (petang kot, Jah hentam je tu) perbualan antara mereka direka oleh TheChekJah tapi lebih kurang begini la dialognya.

Eraa : Kak.. aku ada suka kat sorang mamat ni. Macam soleh dan beriman  gitu orangnya.
Aina : Dah tu? Era friend tak dengan dia kat efbee?
Eraa : Tak pon, seganla..
Aina : Add la.

Eraa pon membuka telefon dan membuka aplikasi fesbuk untuk menambah mamat yang diminatinya menjadi rakan. perbualan bersambung...

Eraa : lepas tu?
Aina : beritahulah pada dia yang Eraa suka dia.

Nasihat Aina dilaksanakan dengan jayanya oleh Eraa dan si mamat tidak mengecewakan apabila memberikan nombor telefonnya dek kerana kejaranganannya membuka fesbuk. Kejayaan adiknya dijadikan motivasi buat sahabat baiknya ini iaitu Jah untuk memberanikan diri meluahkan perasaan dihati. Nampak tak permainan dia. Hahaha. Namun Jah bukanlah orang yang mudah dilunturkan semangatnya memendam rasa. 

Malam itu, Dayah dan Asilah datang ke rumah sewa sementara Jah. Saja-saja datang melawat jiran. Jiran yang baik sentiasa mengambil berat keadaan jiran yang lain. Wow. Subhanallah hebat sikap mereka ni. Sebelum itu, mari Jah terangkan penampilan Dayah dan Asilah.

Dayah... Berkulit cerah, bermata sepet bercermin mata, berisi sedikit tapi tak gemuk pon. 
Pandai berkata-kata (Jah doakan dia menjadi pendakwah bebas atau personaliti tivi), 
berpakaian menutup aurat, sedang mencari calon juga. 

Asilah... Tidak bercermin mata, suara yang comel, lebih berisi dari Dayah, berpakaian 
menutup aurat (boleh buat stok isteri2 solehah), perangai sangat comel juga, 
Jah suka mengusiknya kerana dia takut cerita hantu. Kehkehkeh.. 

Memandangkan Dayah dan Asilah adalah antara sahabat yang Jah senang untuk bercerita Jah pon ceritakan semua yang terbuku dihati kepada mereka berdua dan termasuklah Betty yang juga berada disitu. Kesimpulan dari perbualan itu adalah........ (Perbualan terlalu panjang untuk dikongsi, woha!) 

ISTIKHARAH
Maka dengan itu Jah tidak akan sesekali meluahkan Jah suka pada Mr.Rahsia sehingga Jah beristikharah dan  yakin dengan petunjuk yang Allah bagi. Mohon kalian rahsiakan perkara ini. Hehe... 

Teruskan tersenyum kerana mungkin ada orang lain yang boleh bertukar mood menjadi ceria kerana senyuman anda... pis yaw!

2 comments:

  1. siapakah dia???hehe pm...insyaAllah jodoh tu rahsia Allah.. :)

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete