Friday, December 31, 2010

Bedak Cair Sudah!!

2011 sudah.. (nada Stacy terlebih sudah)
sambil melayan lagu lama tapi masih belum berkarat di kepala otak Jah ni
permaisuri, Data.

  Data bukan Dota ok!

Jah nak cerita pasal bas pula selepas peristiwa lif,
sebagai bakal seorang guru yang bersemangat plus sempoi,
baju kurung, bedak, betulkan tudung, pakai kad matrik, lengkap!
Jah pon melangkahkan kaki
keluar dari rumah menggunakan kasut baru.
eceh, tu pon nak bagitau.


Oi Jah!! mana kisah bas tu??
kejap la...
nanti la, baru je keluar rumah.

sampai sahaja di tempat menunggu bas,
Jah terberhenti...
'ni tunggu bas ke nak beli tiket bola malaysia lawan indonesia ni??'
memang penuh tanda tanya la.


panjang giler.


sebagai bakal guru yang berhemah,
baris je la.
bedak yang Jah pakai tadi dah hilang dilap oleh cahaya matahari
yang agak hot la.
kalau Jah yang hOt tak apa juga.
haha..


kolej = baris
kampus = mampus!

sebab apa kampus mampus??
tak ada barisan. tak cukup jalan.
apa yang kami lakukan??
rebOOooOttttttt!!

masa ni rasa nak fire je semua orang 

dah macam iklan milo tu.
ala, yang ada orang-orang nak masuk kereta yang sedia ada padat.
lawak la iklan tu.
pengalaman rebut bas.
kalau tak masuk sini,
tak rasa!!





Wednesday, December 29, 2010

Award Doe!!

bangga nya... 

ini lah award yang Jah menang tu.. hehe..

1. ucapan anda ?
Jah nak ucapkan bermillion-million terima kasih kepada Chek Suri kerana memberikan anugerah ini.
tak terkata pula. (sambil mengesat air mata) haha, tipu je. anugerah ini Jah
tujukan khas untuk mak abah, adik-adik Jah, yang selama ini menyokong Jah, kawan-kawan lagi.
alamak, panjang la pula ucapan ni. sudah-sudah.
terima kasih baaaaanyak-banyak.. (nada fazura dalam cerita pisau cukur)

2. berikan 4 ciri-ciri isteri/suami idaman untuk dijadikan suami/isteri .
ni yang Jah tak sabar nak jawab ni....
1. menerima Jah seadanya
2. org yang boleh memimpin tangan dan hati Jah ke jalan Allah.
3. manis macam gula-gula kapas
4. hormat mak abah Jah

3. berikan 1 tips untuk kekalkan hubungan dengan pasangan.
alamak!! haru nak bagi tips ni. nak kekal ek?? percaya kot. ntah la.

4. Pernah anda jumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta ?
doa dapat suami soleh pernah la jumpa. nak dekat jodoh ni macam tak pernah je. 
kamu ada ke??
kalau ada, boleh la emel kat Jah. hehe.

5.  letakkan 10 link pilihan anda dan beritahu mereka telah memenangi award ini.
6 je la ea....   
korang adalah insan-insan bertuah memenangi anugerah ini.
1.  2+2=5
2. shaqq
3. natrah
4. eton
5. zuzu
6. mas yang ayu

Monday, December 27, 2010

Ih minah ni, lepuk karang!!

teringat masa mula-mula menjejakkan kaki ke
Universiti Pertemuan Suami Isteri ni
rasa macam raja sehari gitu
 kenapa???
nak bagitahu la ni, 
kehadiran Jah disambut dengan bunga-bunga
yang ditabur pada jalan
siap ada bodyguard lagi kat belakang Jah tu.
bunyi kompang lagi...
pak bung pak bung 

note muzik kompang tu... lalala~

haha. itu angan-angan Jah je.
hakikatnya,
Jah disambut oleh............ jeng jeng jeng 
abang-abang yang hensem kacak lagi bergaya
kakak-kakak yang cute molek dan eligen
(alamak tak reti la nak eja eligen)
janji boleh baca kan..
ayat pertama yang disebut....

"selamat datang CIKGU"
tu dia...
belum mula belajar pon dah dipanggil cikgu.
memang kembang la masa tu
rasa macam nak meletup pon ada.
al maklum la... 
yang mendaftar kat universiti ni bukan Jah sorang


ramai chek oi..
dah tu, lif yang disediakan untuk setiap blok cuma dua
maka dengan itu,
ramai la berebut-rebut nak masuk lif tu
tu belum naik bas lagi
pasal bas nanti Jah cerita.

cuba anda bayangkan ye...
asap kepul-kepul...... (cuba membayangkan)
apabila pintu lif terbuka,
orang yang berada dalam lif tak dan nak keluar
orang yang diluar lif dah bantai masuk dalam lif
gaya mereka ibarat ternampak air dipadang pasir
dasyat tak dasyat
bengang tak bengang
sopan ke tak tu??

rasa nak debik je orang tu

sakit hati Jah kalau Jah jadi orang dalam lif
Jah adalah orang yang diluar lif,
sakit hati sebab kena tolak,
IH MINAH NI, AKU LEPUK KARANG!!
sabar la, aku pon nak naik gak (dalam hati je, sambil pandang belakang senyum-senyum)
geram sungguh...


dengan hati yang bengang,
Jah pon merajinkan diri memanjat tangga yang telah disediakan 
oleh pihak kolej
bersama rakan-rakan serumah Jah
tingkat 6 wooo... 
nak tercabut semua skru-skru yang mencengkam lutut Jah masa tu.

nasihat Jah.,
kalau pon anda tidak belajar moral,
pikir la sikit,
jangan la pikir diri sendiri saja.
tak kan nak masuk lif tunggu orang dalam lif keluar dulu pon nak kena ajar??



Sunday, December 26, 2010

bOOla!!

pelajar baru ambilan disember masuk,
Jah dan rakan-rakan biro ekonomi dan keusahawanan membuka gerai
yang menjual pelbagai keperluan
seperti iron. cerek letrik, hanger, timba, dan mcm-mcm lagi.
senang kata, macam-macam ada.

hari ni jugak Jah pergi menonton perlawanan bola,
antara MALAYSIA dan INDONESIA
dikedai SAHABAT.
(abg, belanja sikit, dah promote ni)
sambil menghirup sirap laici yang 
perrrh... memang menyedut hingga titisan yang terakhir la.
ditambah dengan tom yam ayam yang memang membuatkan
bibir Jah ni jadi macam Angelina Jolie.
pedas beb.

nasib baik Jah datang masa dah separuh masa kedua
masa tu baru la ada bola yang berani nak masuk 
kedalam gawang gol INDONESIA.


walau bagaimanapun, Jah selaku 
rakyat MALAYSIA yang bersemangat waja
berasa sungguh bahagia kerana MALAYSIA telah berjaya!
bahagia?? macam ada yang tak kena je. haha..
hentam ja la labu Jah.



Friday, December 24, 2010

First time kena Tag!!

 cik inchi terima kasih kerana mengetag Jah yer. 
Jah tak barapa paham la pasal tag, kontest, apa lagi ntah..
 huhu.. masih dalam proses belajar..
 Jah rasa sangat..  terharu dan gembira... tgk Jah senyum..
Apakah status anda
belum berkahwin.. hehe... 


Ceritakan tentang diri anda 
Jah seorang perempuan. of cos la nama pun Jah. haih.. bercermin mata, insyaAllah bakal menjadi cikgu. wink.. wink.. anak nombor dua sebenarnya, lepas abg meninggal jadi anak sulung la. eh.. betul ke fakta Jah ni? ke anak nombor dua tetap anak nombor dua. ah... apa-apa la. tak botak.. haha.. 

Ceritakan tentang Blog anda

blog Jah?? Jah baru ja wat belog ni. blog Jah ni ada tulisan dan gambar.. blog Jah juga ada lagu. ada girafah yang pandai berkata-kata. semua benda yang tangan Jah rasa nak taip, ada la dalam blog Jah ni.

Apa pandangan anda tentang dunia blog?

macam masuk dalam library yang Jah cipta. sebab apa?? sebab blog ni tak skema sangat. lagi banyak gambar, lagi Jah suka. kadang-kadang tak ada gambar pon Jah suka gak. macam tengok astro pon ada. ye la, macam-macam ada. haha.


Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog
buat la blog.. ada ilmu juga!!!

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda

unik?? tak tau la.. kalau lihat dari mata Jah, blog ni unik.. kenapa?? tak tau la.. haha..

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

sampai menutup mata. hehe.. (poyo kejap) hanya Allah yang tahu. impian?? dapat berkongsi cerita. ye la, sharing is caring kan??



Thursday, December 23, 2010

bOOtam!!

ketika Jah sedang tidur gaya ala-ala catwoman,

bangun! bangun! bangun!
kata nak main botam hari ni..
dengan muka yang bersemangat waja ala-ala Superman


Jah dengan Dayah (roomate Jah) pergi mengejutkan rakan-rakan lain
untuk bermain botam.
botam tu singkatan untuk bola tampar.
sebelum sempat bermain,
Jah jalan mengundur sebab nak tangkap bola yang dibaling,

tapi apa kan daya, sandal pon dah lama tak minum air,
tempat pulak ada air,
gedebuk!
punggung Jah pulak melekat pada air,
huhu.
nasib baik tak ada orang lain nampak selain kawan-kawan Jah.
kalo tak, nak letak mana la muka Jah ni,

walaupon jatuh,
ini tidak menghilangkan mood Jah nak main pagi ni.
sampai tangan Jah lebam-lebam.
well, tak pandai main kan.
what ever....
Jah dan rakan-rakan main penuh semangat.

Jangan Jadi Budak Tak betOOl!!

teng... teng.. teng..
bunyi ringtone telefone Nokia kaler merah
model, erkk... tak ingat la.
lagu miley cyrus, Party in USA berkumandang di corong telinga Jah,
menari-nari sebelum mengangkatnya
dan tiba-tiba sebelum sempat jawab,
MATI SUDAH!
haa,, padan muka Jah. sape??
ada la.

sebelum lagu Party in USA, tu lagu 
Budi Setahun Gunung Seintan nyanyian Ahmad Jais n Katrina Aziz
menusuk telinga Jah yang agak pekak, (sikit aje ok!)
lagu ini khas untuk keluarga Jah yang tersayang,
Mak memanggil...
rupanya Abah Jah yang call menggunakan telefon Mak Jah
perbualan abah dan  anaknya,

Abah    : assalamualaikum my doter.
Jah       : waalaikumussalam my fader.
Abah   : how are you??
Jah      : alhamdulillah.. how are you??
Abah   : good2..
Jah      : (terdiam sebentar, pelik abah call siang-siang) er... kenapa?
Abah   : result Gemok dah keluar.
Jah      : (dengan gembira) ye ke?? mook dapat berapa??
Abah   : 1A 6B 1C. kakak call dia, pastu kutuk-kutuk sikit. haha. (Abah Jah gelak dengan dasyatnya)
Jah      : ok-ok, roger!

Jah terfikir, 
bukan gambar Jah tau ni, kawan..

malas-malas adik Jah tu,
pandai juga ye dia.
Jah kira bersyukyur la jugak sebab dia tak gagal.
Jah pun mendail Mook,
lagu apa ntah caller ringtone Mook, (sedap gak r)
sempat la Jah nyanyi-nyanyi sebelum adik Jah menjawab telefon.
perbualan seorang kakak dan adik lelakinya :

Mook  : Hello.
Jah      : ha, mook... result ko berapa?? (walaupun dah tahu sebenarnya)
Mook  : result tak jadi keluar hari ni la kak.
Jah      : ek?? eleh.. kenapa pulak tak jadi keluar??
Mook  : entah la, tak tau la. tp memang tak keluar la hari ini (berniat menipu kakaknya yang sudah sedia tahu)
Jah      : Mook.. baik ko cakap betul-betul. 1A.. lagi?? 
Mook  : 6B 1C. 
Jah      : yang A dengan C tu apa?
Mook  : A kemahiran hidup C matematik
Jah      : hek eleh... matematik boleh dapat C? pesal la BM dengan BI tu tak dapat A? ko kan terer bab bahasa ni.
Mook  : tak de rezeki. 
Jah      : tu la ko, kalau ko belajar betul-betul mesti moto RXZ tu dah ada depan rumah sekarang ni. (nenek Jah janji nak bagi motor tu kalau Mook dapat stret A)
Mook  : nanti boleh beli sendiri.
Jah      : iye la tu. k la kirim salam kat emak ye. bye.
Mook  : bye.

Mak Jah selalu cakap, 
kita kalau tak pandai sangat pun tak apa,
cuba lagi,
tapi JANGAN JADI BUDAK TAK BETOL
maksud Mak Jah :
1. Jangan mencuri
2. Jangan hisap dadah
3. Hormat orang tua

walau apa pun yang terjadi, 
UTAMAKAN KELUARGA,
SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG!!

tahniah la Mook, 
lain kali study buku sekolah bukan majalah motor.
Yoyai adik Jah sorang ni..