Sunday, December 19, 2010

Darah!!!

lepas makan malam kat kedai sahabat tadi, Jah dan rakan-rakan (kak S, Z, dan D) pon pergi menurunkan makanan yang berada dalam perut kami. patutnya kedai sahabat tu bagi kami makan free, ya la kan, nama pon sahabat, dengan Jah pon nak berkira. haha. tu la, sapa suruh bubuh nama sahabat. Jah oi, agak-agak la kalo sume sahabat nak kena belanja hang, tokey ikan pon boleh bankrupt. huk2..

jalan punya jalan punya jalan. berapa banyak jalan da.. jumpa la 7 11 kat depan kolej tu, jah tengok ada majalah ni macam menarik ja untuk dibaca apatah lagi semasa tiada aktiviti yang menarik dan menguji minda untuk dilakukan. nama majalah tersebut, jeng2... REMAJA. selak punya selak Jah ternampak sesuatu yang menarik pada pandangan mata Jah. 

ni yang Jah nak kongsi ngan hampa2 suma. buleh ek remaja.. sharing is caring.. hikhikhik..

Maksud Disebalik Merahnya Darah!

kamu berdarah A
- boleh jadi ibu atau bapa dan pasangan yang baik
-boleh buat keputusan yang bijak 
-boleh menangani banyak perkara
-kamu tegas dalam urusan kerja
-tidak suka membuang masa (menepati masa)
-sering mengabaikan kesihatan dan selalu sakit
-degil dan tidak suka mendengar pendapat orang lain
-adil
-boleh menjadi orang tengah yang baik
kamu berdarah B
-kamu dahagakan penghargaan
-sukakan perhatian, (sometimes nampak terdesak namun masih boleh dikawal)
-trendy dan bersosial
-tidak suka duduk dirumah sepanjang hari
-happy go lucky dan suka berkawan
-terkenal dan menjadi perhatian dalam kalangan teman-teman
-bijak membawa diri
-agak ego namun sangat mempesona (teman tak sampai hati marah kamu)
-boros
-ringan mulut
kamu berdarah O
-bijak mengatur kewangan
-jimat cermat (sometimes terlalu pemurah)
-tidak kisah dengan keadaan sekeliling (tak up to date)
-kurang gemar bergaya
-konservatif
-bukan seorang yang berfikiran terbuka
-cergas berfikir
-dari sudut cinta : seorang yang cukup menawan
-panas baran 
-pantang dicabar
-berani
-sometimes sombong (nasihat : senyum selalu)
kamu berdarah AB
-seorang yang cerdas
-bijak buat keputusan dan relevan
-guna waktu tingkatkan mutu diri dan aktiviti baru
-masa itu emas
-berusaha menjadi sempurna
-cool
-suka berdiam diri dan memendam rasa
-dari sudut cinta : ramai yang minat tapi takut nak untuk mendekati kamu
-ada masalah bau badan
-penakut
-kuat cemburu

lepas ni ada lak jenis darah untuk pasangan anda..... 

2 comments:

  1. aku ase aku macam darah A ah. AKU lupa. hehehe...

    ReplyDelete
  2. kalo lupe, ko pilih je mane-mane yang ko suke... hikhik..

    ReplyDelete