Tuesday, September 18, 2012

Adik-Adik ku Gangster

Assalamualaikum dan selamat berdhuha la hendaknya
lama bebenor Jah tak menghupdate blog ni
rasa rindu yang meluap-luap datang untuk menghupdate
ceeewah,,,, ayat propa je tu

Jah nak cerita pasal adik-adik jah yang baru setahun 7 bulan
gambar-gambar mereka akan menyusul sebentar lagi
harap bersabar yer kamu kamu kamu dan kamu
yang kacak hensem macho beriman 
yang cantik anggun bergaya solehah

Perangai si Aisyah (Farisha Fariha)
(chachah and mook ... sis and bro)

suka menghantukkan kepala ke lantai (tanda protes)
pernah sampai lebam dahi dia
kuat makan, bagi la apa bentuk makanan
sampai stereng kereta pon dia nak gigit
kalo tengah bengang, gigit orang/ tampo orang
Jah pernah digigit oleh chachah kat bahu
serius sakit, tak tipu punya 
kalo mama marah dia, nanti dia datang and
and and
bagi mama kiss
dah tak jadi nak marah.

Perangai si Firas (Firas Firdaus)

Firas sekarang dah tiru perangai si chachah
bila tak dapat apa yang dia nak dia akan baring kat lantai dan nangis kuat-kuat
tp Firas ni penakut sikit
semua benda baru dia takut.
Abah belikan kapal korek mainan tu,
punyalah takut sampai nangis
kalau korang dengar dia nangis tu macam budak kena dera.
Tapi nasib baik takut tu cuma dalam 4/5 hari
bila dia dah tak takut, dia je la yang nak main benda tu.
kalau Chachah gigit, Firas tarik rambut Chachah

Dah banyak kali Chachah gigit Firas dan 3 daripadanya meninggalkan kesan lebam
Firas juga dah banyak kali menarik rambut Chachah
pastinya Chachah yang gembeng (suka nangis) pasti menangis
sabar je la jaga budak-budak ni


lagi....
mak dan abah dating dengan anak-anak... kuikuikui

               Jah and Firas at Pulau Pangkor                                    

                                                             Next Top Model : Chachah 

Thursday, December 8, 2011

Jah kena tipu

assalamualaikum,
well hello there, 
anda sihat? rasa nak marah? pegi kat pokok pegi marah pokok tu
kalau nasib baik pokok tu diam je
kalau nasib tak baik mungkin pokok tu akan patahkan dahannya tanda nak bagi pelempang.
baiklah semua, 
hari ni cikgu bukan nak cerita pasal pokok tapi pasal menipu.

oh... cikgu
sungguh tak kena tajukmu itu
...
ok bab mengarut dah selesai.
Jah nak cerita ni pasal menipu
satu hari kelas english for communication 2
kelas pertama dalam semester ni
pensyarah Jah suruh cari 3 orang yang bukan rakan disebelah kita untuk berkenalan
...
operasi mencari mangsa
orang yang hensem kacak bergaya
orang yang cantik manis elegan
orang yang bijak macam einstain
...

orang pertama bernama anis berasal dari selangor sama seperti Jah
dia tak boleh makan pedas

dialongnya camni la
baju biru : dok sungai besar?
baju merah: eh same ke??
baju biru : rumah yang ada bumbung tu kan??? kan?? kan??

...
(macam ni la lebih kurang gaya sembang tu. haha)

orang kedua lelaki
berasal dari kelantan.
nama dia sangat unik
AYANG
baiklah, memandangkan nama dia sangat unik Jah seperti tidak percaya
pertanyaan diaju kepadanya
AYANG?? 
ha la ayang...
Jah pon.......... oh, ok.
pastu berkenalan la ngan dia tanya la macam2 kan.
....
semalam ada present assignment
sekali tengok dia present
ayat dia
"my name is ABDUL HALIM"
what??????????
baru tukar nama ke?
dem, Jah ditipu.
patutla masa tu ada orang-orang yang dekat dengan dia macam senyum-senyum
aaiii...
sabo je la, kalau dia adik Jah lama dah kena siku. 
...
tu je nak cerita,
tolong jangan tipu orang lain
tipu kucing tak pe
kura-kura ke siput ke gajah ke
...
dah bye, asslamualaikum
jawab sekarang bagi yang muslim.
kalau tak, tak nak kawan.

Saturday, October 22, 2011

Awak Harus Bertanggungjawab!!

asslamualaikum... dan salam pengakap.. 
haha.. mentang-mentang la baru balik kelas pengakap...

Jah nak bercerita ni,
pada suatu hari, 
Jah, Aina dan Betty menunggu bas di perhentian bas dihadapan pintu timur 
Universiti Pertemuan Suami Isteri.
tunggu punya tunggu punya tunggu....
akhirnya bas sampai

kami bertiga menggunakan tulang 4 kerat kami
untuk naik ke dalam bas
setelah puas tolak menolak
akhirnya........
dapatlah Jah, Aina dan Betty naik bas walaupon kena berdiri
it's fine, berdiri boleh menguatkan kaki macam superMak
(ye kot, saje je ayat nak sedapkan hati)

dah dalam bas ni, Jah berdiri menghadap ke cermin bas sebelah kiri
sambil tangan kiri pegang kerusi di sebelah kiri
tangan kanan plak mengagau-gagau nak pegang kerusi belah kanan
(tak stabil lah katakan pegang satu je)
gagau punya gagau punya gagau
tetiba tangan Jah ni tercucuk benda yang agak tajam
....

sekali Jah dengar,
'aduh, awok cucuk saye. ni nak bagi dalam lesung pipit saye ke ni'
ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
dengan muka menahan malu dan geli
sebab yang tajam tu adalah janggut mamat tu.
Jah pon mintak maaf,
'sorry2, serius tak sengaja'
...
(adoi... malunya Jah, tutup muka la camni)

baiklah, Jah dah mintak maaf.
yang tak boleh belah tu mamat janggut tu cakap kat member sebelah dia
'eh, dah cucuk mintak maaf je, bukan nak bertanggungjawab'
dem!! siput tolla mamat janggut ni..
dah tu, nak Jah pergi datang minang dia ke ape??
ah...lantak kau la.. selagi mamat tu tak mengandung, Jah tak nak bertanggungjawab...
tet...
(rasa nak zip je mulut mamat tu, cakap tak sudah2)
tamat...



Friday, September 30, 2011

Nak tak jadi pakwe Jah?

assalamualaikum dan selamat menyambut bulan zulkaedah
maafkan Jah kerana sudah agak lama Jah tidak mengupdate blog ini
jap!!!
Jah nak mandikan blog ni, 
dah macam bau bilik stor sukan.
(nampak sangat la lama sangat tak update)
netbook Jah tengah meroyan
tak tau la nape.
tak boleh nak sign in blog.
terima kasih kepada AINA MARDHIAH
kerana beliau telah bermurah hati meminjamkan laptopnya kepada Jah.

ok.. testing.. testing...
ehem, hari ini Jah nak cakap pasal
siapa nak jadi  pakwe Jah? 
sila hantukkan kepala anda ke dinding...
baiklah, kepada yg kepala dah pening, berdarah dan sebagainya
sila pergi ke klinik atau rumah bomoh yang berhampiran.
cerita sebenarnya,
subjek 3P, (pembelajaran dan perkembangan pelajar)
Jah dan rakan-rakan perlu memilih tajuk yang berkaitan isu sosial remaja sekarang
pensyarah Jah bagitau cara mendekati remaja2 ini
iaitu bergaul rapat dengan mereka
.....

Jah dan rakan2 memilih tajuk perokok 
oleh itu, kami sedang memilih jejaka-jejaka
TAMPAN, KACAK, BERGAYA
untuk menjadi pakwe kami.
paling kurang pon macam ni....

(ayat yg diucapkan abg A: Jah.... jangan tinggalkan abang)

hahahahhahaha.....
imaginasi semata-mata,
tiada kaitan dengan Jah dan keluarga Jah begitu juga rakan-rakan Jah
....

sekian dulu dari Jah...
assalamualaikum

Saturday, May 28, 2011

Penjual Burger

selamat sejahtera semua
dah senyum hari ni?
belum???
tunggu apa lagi, senyum la... 
nice~
ha...  kalau senyum hati tenang
nampak? tenang...

jah nak cerita pasal penjual burger
bukan apa, malam tadi jah dan betty pergi kedai burger
sebab kuman dalam perut jah ni rasa macam nak makan burger je
hahaha

'ni abang burger dari enchik google'

penah dulu jah dengar kat Dr Love 
ada perempuan yang mereject penjual burger
katanya tak ada masa depan
astaghafirullah

tapi malam tadi jah tengok pakcik yang jual burgeer tu
elok je
ada je life
anak laki dia yang berusia 13 tahun tolong dia buat burger
jah mintak cheese
tapi tak de la pulak
tak pe,
jah dengar pakcik tu cakap kat anak dia
ibu lupa nak masukkan kot

jah rasa kalau jual burger 
boleh dapat duit on the spot
tak yah tunggu hujung bulan
bayangkan la kalau setiap malam pakcik tu 
berjaya jual 20 burger dengan harga RM2.00 sebiji
tak ke dah dapat RM 40
tu baru satu malam
cuba anda kali dengan 30
dah dapat RM1200
banyak tu!!!!

jah rasa, perempuan tersebut agak kejam la
kalau jah yang jadi pakwe baru pompuan tu
jah tinggalkan je dia
nampak sangat nak seseorang itu
kerana asetnya

untuk pengetahuan semua
aset-aset yang ada pada kita bukan sesuatu yang kekal dan boleh dibawa sampai akhirat
so.... better kita kenal diri kita
siapa kita di sisi ALLAH sebelum menilai orang lain
ok la...
tu je nasihat jah pada diri jah sendiri dan kamu-kamu semua
daaaa.......

Wednesday, May 25, 2011

haa.... nampak!!

assalamualaikum semua
moga sihat sejahtera la gamaknya
kalau tak sihat pergi jumpa dukun ke pawang sana
hahaha

jah dalam mood gembira
sebab jah sedang mengikuti bengkel sekretariat minggu suai kenal
haaa... nampak....

rasa nak nari-nari lagu all iizz well

haaa nampak adalah salah satu trade mark kami
sebab pengarah program kami yang pandai bercakap tu
suka cakap perkataan ni...
haaaa... nampak....

lagi satu, nice.....
mereka kata jika kena marah nanti masa minggu suai kenal senyum je pastu 
pusing belakang cakap,
nice.......
haaa... nampak? senyum pastu nice...

jah gembira kat sini sebab banyak abg hensem
jah oi, gatai no.....
hehe, dak eh........
kawan jah siap bagi nama kat abg2 kat sini
ada abg comel, ada abg baby doll, ada abg kacak, 
banyak lagi la
amboi chekjah...
tang suka-suka ni dia memang suka....
hahhahahaha....

tu je la...
jah menyeru kepada rakyat Malaysia
senyum la sampai ke telinga ke sampai ke lutut sekalipun
anda pasti kelihatan manis
adik manis... (abg benggali jual karpet)
daaaa.... sampai ketemu lagi..

Friday, May 20, 2011

Ala.. Abg Dekan terima Jah

assalamualaikum dan salam perpaduan
apa khabar orang kampung, bandar, tasik, hutan dan lain-lain??
sihat??
kalau sihat, ucaplah alhamdulillah
kalau tak sihat, ucaplah astaghfirullah (semoga diampunkan dosa)

biasa la kalau dah periksa ni dah tak ada benda lain dah
mestilah result periksa
ahamdulillah
tak jadi macam sem lepas
abang dekan tidak mereject jah
hooo yee..
jah pon menangis lagu sejati nyanyian awie

hahahaha
bab nangis tu jah gebang je
alhamdulillah keputusan jah meningkat dari yang tahun lepas punya
insyallah akan meningkat lagi sem depan
amin......... amin...
oi jah amin panjang-panjang pon kalau tak usaha tak guna tau
baik makcik!
ish kecoh la makcik ni...

walaupun abang dekan terima jah
jah ingat lagi kawan jah punya falsafah
orang yang berjaya adalah orang yang pandai mencari peluang dalam hidupnya
alhamdulillah dengan falsafah dia ni
telah berjaya menenangkan hati jah yang gundah gulana

ok la...
jah nak pergi makan ni...
daaaaa....
 assalamualaikum
jawab jangan tak jawab...
senyummmmm....


p/s: jah silap tengok result sebenarnya, jah ingatkan tgk pngk rupanya pngs.... sengal punya jah, lepuk karang!!! lain kali tanya dulu ni hentam kot suka je...