Saturday, December 18, 2010

kereta Jah

i love yellow... oooo yea!!

mata Jah ni dah nak terpejam dah. tp Jah tak nak tidur lagi. (macam dah banyak tidur je bunyinya). haha. hari-hari Jah nampak kereta idaman Jah. kereta apa?? sabar-sabar ye, tak baik gelojoh, kalo makan boleh mati tercekik kalau gelojoh ni. walaupun banyak kereta yang baru-baru dah muncul kat Malaysia ku yang indah ni, ada Myvi, Savvy, Exora, apa lagi ek, hehe, tak tau nama la. namun, namun,, lupa pula nak sambung, namun Jah suka kereta Satria. haha. tapi kalau dapat kereta atas ni pon dah bersyukur sangat-sangat. hihi.

kenapa tu?? tak tahu la. Jah pon pening kenapa Jah suka akan kenderaan dua pintu ni. mak Jah kata kalau ada anak kecil umo 2 / 3 tahun tu elok la naik Satria. so, kanak-kanak tu takkan gatal tangan nak bukak pintu kereta masa kereta sedang bergerak dengan pantas dan effisien di jalan raya yang dibuat oleh kerajaan tu.

masa Jah kecik-kecik, Jah penah kena cubit dengan abah Jah sebab bukak pintu kereta masa kereta abah sedang meluncur dengan megah di jalan raya. huhu.. sakit wok. tu la tanda abah Jah sayang kat Jah. Jah tak marah kat abah, sebab Jah tahu abah sayang kat Jah.

kalo boleh, Jah nak kereta Jah tu kaler kuning, nampak semat gitu. haha. sebab tu la Jah kena belajar dengan bersungguh untuk mendapatkan segulung ijazah. nanti boleh beli kereta, rumah, kamera, lappy, makanan, makanan, makanan. eh, pesal makanan banyak sangat ni Jah oi??? hehe. bukan Jah yang nak tapi tangan Jah ni rasa macam nak taip makanan byk kali. haha. rasa macam jadi orang pertama sampai bulan kalau dapat makan makanan yang kita suka.

                  mahal ni tau.. huhu... ais je banyak.. tp Jah tak kisah...

chek Jah ni

Friday, December 17, 2010

Tak kenal maka tak cinta.... huahua

Jah ni budak baru belajar. kalo banyak tak tau tu adat la kan. cukup la kalo Jah perkenalkan diri Jah ni sebagai TheChekJah. Waah.... something gitu. haha. Jah adalah org biasa yg ade 2 mata yang ada bulu mata dan kening, ada mulut, telinga dan lubangnya sekali. senang cakapnya, same je macam orang-orang normal lain yang kamu-kamu pernah jumpa. kenal dah kan sekarang?? so... boleh la bercinta ngan Jah. haha... guro je ni. Jah ade parents yang sangat sweeet. kenape?? tak de pape pon. saje, sebab Jah rasa abah Jah tu romantik, mak Jah plak manis sangat, mcm gula-gula kapas yang kite selalu beli kat stesen minyak tu. hehe. semoga mereka ni kekal selamanya mcm orang-orang bercinta cakap, forever n ever lah...

Jah ade 3 org adik beradik. dengar sini orang-orang kampung, 'mak Jah pregnant'... hoooo yea!!! Jah bakal dapat 2 org adek. satu lagi adek angkat. haha... kalo di kira, adik beradik Jah ada 5 orang la. wah... ape la ko ni Jah, cakap tonggang terbalik macam baju dalam mesin basuh je. haha. maaf yer, belum sarapan, tu yang ting tong sket. Jah ada abang, dan adik-adik. wah... kelas gitu. tapi abang Jah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada 13 Julai 2008. semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Jah ni masih menuntut ilmu... bukan ilmu hitam yang kene bertapa kat gunung ledang tu ye, tapi ilmu pengetahuan di salah sebuah universiti di Malaysia ni. I LOVE MALAYSIA. wah. patriotik sungguh  bakal cikgu ni. alamak, kantoi sudah. (nada Stacy sebut terlebih sudah) haha. memandangkan Jah ni ade masalah penglihatan, (rabun) mata Jah ni tak berapa tahan tengok skrin lappy yang dah nak jahanam ni lama-lama.
sampai ketemu lagi ya.. daaa....