Saturday, January 1, 2011

DuyOOng ke DugOOng??

hari ini,
Jah dan rakan-rakan dapat rumah tetap untuk semester kedua.
rumah Jah, teeet...

hot kan Jah?? haha..

mana boleh beritahu kamu-kamu semua,
nanti ada stalker pula.
eleh Jah, baget hOt.

Jam 2.30 petang.
Jah bersama 6 orang rakan.
kak diha, kak ros, wawa, are, zuzu, betty
menaiki prebet sapu
milik Pak Tam. bukan proton saga,
tapi AVANZA.


boleh la muat kami bertujuh.
kalau tak, alamat jadi macam iklan milo padat sensasi tu
tujuan : KALUMPANG

pernah dengar tak??
ala.. yang ada air berani mati tu.
yang suka terjun tu.
walaupun tak nampak la dari mana air tu terjun.

suhu : 15 ijazah celsius kot
Jah hentam je ni. sebab memang sejuk.
tak tipu punya sejuk.
rasa macam duduk dalam peti ais yang bahagian freezer tu,
amboi bunyi macam pernah je duduk dalam freezer.


kami mandi dengan sangat gembira
siap buat renang berirama lagi. 
haha, part renang berirama tu Jah tipu.
muka Jah and the geng menggigil kena air

kami terdampar dalam air yang sejuk dan nyaman
boleh kecut jerawat Jah ni.
sambil menggoyangkan kaki,


wawa berkata :  tengok ni duyung. (merujuk dirinya yang sedang meniarap dalam air)
Jah : duyung ke dugong?
kami pon bergelak ketawa..
sambil menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

status :  penat tapi enjoy la sebelum start kuliah isnin ni.

7 comments:

  1. salam
    saya tag ke segmen saya ya
    http://pearl-jade86.blogspot.com/2011/01/segmen-kenangan-hari-pertama-darjah-1.html

    ReplyDelete
  2. amik aa weh gambaq umah kau...aq nak tgk...cam sonok jerr....uhuhuhuh

    ReplyDelete
  3. ala long... umah baru pindah ni ko paham2 je la.. cadar pon tak pasang lagi... nanti dah cantik aku post.. hehe..

    ReplyDelete
  4. haha...dugong tu agak kasar jugak lawaknya..hahaha

    ReplyDelete
  5. cik jah...tq tau....nk tny cam na nk bt emo yg cantik2 2???

    ReplyDelete
  6. kat kalumpang cik betty.. kalumpang tu kat perak...

    ReplyDelete