Saturday, May 28, 2011

Penjual Burger

selamat sejahtera semua
dah senyum hari ni?
belum???
tunggu apa lagi, senyum la... 
nice~
ha...  kalau senyum hati tenang
nampak? tenang...

jah nak cerita pasal penjual burger
bukan apa, malam tadi jah dan betty pergi kedai burger
sebab kuman dalam perut jah ni rasa macam nak makan burger je
hahaha

'ni abang burger dari enchik google'

penah dulu jah dengar kat Dr Love 
ada perempuan yang mereject penjual burger
katanya tak ada masa depan
astaghafirullah

tapi malam tadi jah tengok pakcik yang jual burgeer tu
elok je
ada je life
anak laki dia yang berusia 13 tahun tolong dia buat burger
jah mintak cheese
tapi tak de la pulak
tak pe,
jah dengar pakcik tu cakap kat anak dia
ibu lupa nak masukkan kot

jah rasa kalau jual burger 
boleh dapat duit on the spot
tak yah tunggu hujung bulan
bayangkan la kalau setiap malam pakcik tu 
berjaya jual 20 burger dengan harga RM2.00 sebiji
tak ke dah dapat RM 40
tu baru satu malam
cuba anda kali dengan 30
dah dapat RM1200
banyak tu!!!!

jah rasa, perempuan tersebut agak kejam la
kalau jah yang jadi pakwe baru pompuan tu
jah tinggalkan je dia
nampak sangat nak seseorang itu
kerana asetnya

untuk pengetahuan semua
aset-aset yang ada pada kita bukan sesuatu yang kekal dan boleh dibawa sampai akhirat
so.... better kita kenal diri kita
siapa kita di sisi ALLAH sebelum menilai orang lain
ok la...
tu je nasihat jah pada diri jah sendiri dan kamu-kamu semua
daaaa.......

Wednesday, May 25, 2011

haa.... nampak!!

assalamualaikum semua
moga sihat sejahtera la gamaknya
kalau tak sihat pergi jumpa dukun ke pawang sana
hahaha

jah dalam mood gembira
sebab jah sedang mengikuti bengkel sekretariat minggu suai kenal
haaa... nampak....

rasa nak nari-nari lagu all iizz well

haaa nampak adalah salah satu trade mark kami
sebab pengarah program kami yang pandai bercakap tu
suka cakap perkataan ni...
haaaa... nampak....

lagi satu, nice.....
mereka kata jika kena marah nanti masa minggu suai kenal senyum je pastu 
pusing belakang cakap,
nice.......
haaa... nampak? senyum pastu nice...

jah gembira kat sini sebab banyak abg hensem
jah oi, gatai no.....
hehe, dak eh........
kawan jah siap bagi nama kat abg2 kat sini
ada abg comel, ada abg baby doll, ada abg kacak, 
banyak lagi la
amboi chekjah...
tang suka-suka ni dia memang suka....
hahhahahaha....

tu je la...
jah menyeru kepada rakyat Malaysia
senyum la sampai ke telinga ke sampai ke lutut sekalipun
anda pasti kelihatan manis
adik manis... (abg benggali jual karpet)
daaaa.... sampai ketemu lagi..

Friday, May 20, 2011

Ala.. Abg Dekan terima Jah

assalamualaikum dan salam perpaduan
apa khabar orang kampung, bandar, tasik, hutan dan lain-lain??
sihat??
kalau sihat, ucaplah alhamdulillah
kalau tak sihat, ucaplah astaghfirullah (semoga diampunkan dosa)

biasa la kalau dah periksa ni dah tak ada benda lain dah
mestilah result periksa
ahamdulillah
tak jadi macam sem lepas
abang dekan tidak mereject jah
hooo yee..
jah pon menangis lagu sejati nyanyian awie

hahahaha
bab nangis tu jah gebang je
alhamdulillah keputusan jah meningkat dari yang tahun lepas punya
insyallah akan meningkat lagi sem depan
amin......... amin...
oi jah amin panjang-panjang pon kalau tak usaha tak guna tau
baik makcik!
ish kecoh la makcik ni...

walaupun abang dekan terima jah
jah ingat lagi kawan jah punya falsafah
orang yang berjaya adalah orang yang pandai mencari peluang dalam hidupnya
alhamdulillah dengan falsafah dia ni
telah berjaya menenangkan hati jah yang gundah gulana

ok la...
jah nak pergi makan ni...
daaaaa....
 assalamualaikum
jawab jangan tak jawab...
senyummmmm....


p/s: jah silap tengok result sebenarnya, jah ingatkan tgk pngk rupanya pngs.... sengal punya jah, lepuk karang!!! lain kali tanya dulu ni hentam kot suka je...

Wednesday, May 18, 2011

Jah The Nanny

hahaha.....
jah dah hampir 3 minggu menetap kat rumah 
rumah ku syurga ku
rumah mu syurga mu

sungguh jah tak sangka,
susah gak jaga baby ni
kalo dengar je baby nangis, terus je gelabah 
bingung tak tentu pasal
dye nak minum ke
dye nak tidur ke
nak erk erk ke

tapi best la...
tengok si firas yang bangun2 je terus senyum-senyum 
macam kambing dapat rumput
kakchik plak memang nangis je la
tak sabarnya nak ada anak...
tapi kena menikah dulu...
tapi tak tau la bila...
insyallah kalo ada jodoh...