Monday, February 28, 2011

Kejap tak ada Kejap lagi ada la pulak

assalamualaikum dan salam satu malaysia
sihatkah kamu?
sudah senyumkah kamu?
kalau belum senyum, senyum sekarang!
senyum la senyum la ahai chek jah molek
tu dia mai dah perasantan
senyum la senyum la ahai kamu kamu semua
kamu akan kelihatan 5 6 kali lebih cantik jika kamu senyum
...
tengok macam kawan jah ni senyum lebar punya. kan muda tu.

hari ini isnin 28 haribulan 2 2011
sambil buat lab report
ehem (lebih kepada blog sebenarnya)
dapat surat cinta melalui telefon nokia warna merah dah nak pudar jah ni
kelas biology pada harim khamis ini tak jadi  batal
apa?? tak jadi batal?? 
maknanya ada la??
ish...
cakap macam siput sedut je tau
kejap ada kejap tak ada
jah dah ada plan baik punya waktu dia kata kelas batal
adoi...

inilah yang dinamakan pelajar
bila dalam kelas cikgu kata kelas minggu depan batal
semua buat muka sedih sambil geleng-geleng kepala
 sambil tangan kat bawah tu digenggam dan ditolak ke bawah
dalam hati kata
yes! hoorey!! party!!!


sampaila ke universiti ni,
jah still perangai macam budak sekolah 
mungkin kerana insyallah jah akan mengajar sekolah jugak nanti kot
haha

ha... 
kamu kamu semua tak yah la nak geleng-geleng kepala
mesti kebanyakkan kamu pon macam jah juga
tak pe, cikgu pon paham
dah, chaw dulu...

berehat sebentar bersama chekjah

Saturday, February 26, 2011

Ikan makan Twisties

selamat berhari ahad semua
berjumpa lagi dalam TheChekJah!!
(tepukan gemuruh)
topik kita pada hari ini
'ikan makan twisties'
...
perkara ini benar-benar terjadi
pada hari sabtu=semalam
di Kalumpang
waktu antar 2.30-5.30 ptg
...
kejadian berlaku tatkala
jah, ili, jannah, zura, mira, syairah, bella, amal 
mandi manda di Kalumpang
sambil mandi makan twisties
...
secara tiba-tiba ada seekor buaya datang
mendekati kamu dan ngap!
eh3 jah, buat cerita dongeng nampak
hehehe
...
kami nampak ikan kecik-kecik
besar dari ikan bilis la
kecik daripada ikan keli
kami pon cuba memberi ikan itu makan twisties
ikan sangat suka makan twisties
...
kami pon rasa sangat gembira melihat ikan-ikan makan
kami pon naik atas untuk sambung makan
kami pula la yang menjadi ikan

Thursday, February 24, 2011

bengong!

assalamualaikum
bertemu kita dalam blog TheChekJah
sudah minum air putih? supaya wajah lebih berseri-seri 
boleh try tak tipu punya
juga menjadikan penghadaman kamu, kamu dan kamu juga lebih baik
bangun pagi tak payah gosok gigi
terus ambik cawan isi air putih dan minum
...
eceh
ni la bila sawan bengong dah datang

malam tadi : lepas habis test, jah pergi melantak kuew teaw kongfoo kat kedai bahtera, jah dah mention kat dia, 'saya tak nak udang sotong dan lain-lain, ayam sahaja' jah tengok dia angguk-angguk. paham mungkin. tunggu-punya tunggu punya tunggu, koongfoo pon sampai, binatang pertama yang jah nampak ialah... 
teng.. tengg... tenggg...
UDANG!
bengong tol la mamat ni
eeeeee....
rasa macam nak sumbat-sumbat je udang tu dalam hidung dia
jah bagi udang tu kat kawan jah, aina
tapi makanan jah dah tercemar dengan udang
bengoong...
akibatnya bibir jah menjadi seperti angelina jolie versi jatuh longkang

pagi jumaat (hari ini): mandi dan bersiap untuk pergi ke kelas dengan semangat berkobar-kobar, eleh boleh caya la sangat tang berkobar-kobar tu, padahal malam tadi mimpi punya la syok jumpa mamat hensem mana ntah jah pon tak tau, rasa macam tak nak bangun. dah dah, jah bukan nak cerita pasal mimpi ni. adoi, keluar tajuk pula. sempat naik bas, duduk betul-betul depan pintu bas. kira ok lagi sebab pintu bas tu still boleh tutup, kalau tak ada pintu, mesti jah dah tergolek-golek jatuh kat parit tepi tu. dalam bas pula, pakcik bas tu pasang radio ada cerita sedeh. pasal seorang bapa yang menghadiahkan pelempang kepada anak perempuannya yang meminta wang untuk rombongan.
bengong! 
sobsobsob
sedih wooo
2 minggu anak perempuan dia tak pergi sekolah
doktor yang merawat anak dia nak melaporkan kepada polis
namun isteri dia merayu supaya tidak berbuat demikian 
cover jah
jangan nangis
malu kat orang dalam bas
...

sampai saja kat kelas: dah pukul 8.26 kelas mula jam 8.30, yang pelik bin ajaibnya kenapa tak ada orang langsung ni? jah bagi msg kat viana. budak sabah yang sama group dengan jah. 
jah : hari ni tak ada kelas ke?
viana: tiada. alamak lupa nak bagitahu
sekali lagi
bengong! 
tu la akibatnya bila  ponteng kelas minggu lepas
padan muka kau!!
fine.

bangchik dah ada nama
MOHAMMAD FIRAS FIRDAUS

pesanan jah: jangan ponteng kelas lagi-lagi kalau ko tak ada geng
daa..

bioOl

selamat sejahtera semua
(gaya bakal cikgu sains)
sebenarnya jah ada ujian pertengahan semester malam ni
bios logos@biologi..

jah belajar biologi sejak berusia 16 tahun lagi
kerana jah budak sains tulen
lepas habis spm 
jah masuk matrik kedah

di matrik kedah
jah ambik kos sains fizikal
so..
no biologi
alhamdulillah sudah tamat matrik
masuk plak
...

universiti pertemuan suami isteri@UPSI
ambik cos pendidikan sains
so, subjek biologi adalah wajib
...

otak jah ni dah lama tak di servis dengan ilmu-ilmu bios logos ni
memang berkarat la der ter
ni dok pulun study
wish me luck tonight
daa...
(nak study sampai biol)

Tuesday, February 22, 2011

kamu tidak bersalah......

pada suatu hari
ada seorang minah indonesia yang rendah dan comel 
dia telah berkenalan dengan seorang warga pakistan
muka mamat masa mengorat minah

mereka bercinta dan 
akhirnya terlanjur
...
cuak

nak dijadikan cerita
minah pon termengandung
macam-macam yang telah minah lakukan 
untuk menggugurkan kandungannya
...
macam ni la minah berusaha agaknya

selama tiga bulan minah berusaha 
namun masih gagal
betapa kental dan gagahnya daging yang akan menjadi bayi itu
dan akhirnya minah nekad 
minah mahu menjaga bayi dalam kandungannya sepenuh hati
...
mabuk orang mengandung

mamat pakistan?
dah pulang ke negaranya
meninggalkan minah terkontang-kanting sendirian
...

lebih menyedihkan
minah dibuang kerja apabila majikannya tahu yang minah telah mengandung
namun ejen minah telah menwarkan minah kepada mak dan abah jah
mak dan abah jah menerima minah
(belum tahu yang minah mengandung)
minah telah membantu mak dan abah jah di kedai makan keluarga kami
walaupun minah mengandung
minah sangat rajin bekerja
...

setelah mak abah jah tahu yang minah mengandung
mereka tetap menerima minah
minah telah menawarkan anak dalam kandungannya kepada mak abah jah
kiranya mak abah jah kena tanggung perbelanjaan minah bersalin dan sebagainya
usul diterima
...

namun,
pada masa yang sama mak jah juga mengandung
kini, minah telah melahirkan anaknya dengan selamat
bayi itu adalah BANGCHIK
dan dalam masa terdekat ini juga
mak jah akan melahirkan adik jah
...
terharu plus bahagia

maka dengan itu, jah ada dua adik kecik
Alhamdulillah
bangchik akan jadi adik susuan jah
total adik jah : 3
adik yang bawah jah : 16 tahun, bangchik, ??(dalam perut lagi)
bangchik kamu tak bersalah, sayang kamu
hehe
...

 jah bengang kat mamat sebab tak bertanggungjawab


pesanan jah: kepada lelaki2 di luar sana, bertanggungjawablah anda sekiranya anda..........



Mak Dara Giveaway

Mak Dara in the blog
Anak Dara punya blog (Jah)
haha

mari-mari adik abang kakak makcik pakcik datuk nenek 
yang jauh mari dekat
yang dekat mari rapat
jangan malu jangan segan
marilah kita ramai-ramai join segmen mak dara ni
tengkiu cik betty kerana mengetag jah
kembang kempis hidung jah ni kena tag
hehe

tajuk yang jah nak bagi?
'mat vespa vs minah spanar'

nama sebenar jah?
siti norhafiza hafinas mohd zanudin

orang yang jah nak tag?



Sunday, February 20, 2011

BangChik

OMG
jah dah dapat adik lagi
BANGCHIK 
nama dia
actually dia belum ada nama lagi


ni baru kaki
belum tengok muka lagi
hensem wooo


ha amacam?? ada macam amir khan tak??
hehe


ni bang chik tidur pulak.
tengok tangan dia 
macam orang penat bersawah je gayanya
sedihnya, kena balik kolej sudah
dah peluk cium bangchik yang baru 16 hari ni
love u la bangchik

Friday, February 18, 2011

Oh Bulan!!

cantik giler dow bulan malam ni
tu yang rasa macam nak nyanyi lagu
oh bulan
oleh yuna maya

subhanallah...

dulu masa kat matrik kedah,
jah dan roomate jah,
teah, ada dan christine
selalu mandi pada waktu yang sama
dan pada masa yang sama itulah
ada seorang perempuan
ish memang la perempuan jah oi
takkan pondan pulak duduk dalam kolej perempuan ni

ok. ok
sambung
dia memang suka menyanyi dalam toilet
suara dia,
perrhh....
memang best la, sampai meremang bulu roma jah dan geng

kami memanggil dia dengan nama
OH BULAN..
dia asyik sungguh menyanyi dalam toilet tu
kalau sekejap tak pe gak
ni mau tumbuh janggut dibuatnya..

pesanan jah : jangan mandi lama-lama
sakit hati orang yang menunggu..
daa... 

nak header percuma dr syed grapix

wah...
PERCUMA
i really love this word
...

kalau pasal header ni 
memang dah lama jah tunggu saat ni
eceh, bunyi macam ada orang datang meminang je
pastu yang meminang pulak 
anak sultan

tak boleh blah la ko jah
...
hee~

apa yang jah nak utk header jah ni??
nak ada jah punya link
thechekjah.blogspot.com
nama blog jah TheChekJah
tulisan : ikut suka kamu la
tema: sempoi
ngan tambah gambar ni..


buat la kambing ni cakap, 
'tengok je ke? baca la dulu, tinggal komen ke,, hehe'
tengkiu syed..

Thursday, February 17, 2011

ade org guna toilet

selamat semua yer..
adoi, ada orang guna toilet lak
tu la akibatnya bila
azan dah berkumandang dari laptop jah ni
plus dari surau KUO plus surau KHAR
baru la nak capai tuala
baru nak melangkah ke toilet
#
#
#
#
#
#
#
sudah ada org masuk

apa yang jah nak sampaikan kat sini ialah.......
mandilah kamu sebelum masuknya waktu maghrib
dah la maghrib tu pendek je

jangan last minute baru nak rush
...
jah rasa budak-budak universiti ke kolej ke poli ke
sekolah ke, mmg suka tangguh-tangguh kerja ni


mulai sekarang....
beeee
ruuuuu
baahhhhhh!!
teng...

alamak, terjadi beruang lak... layan je la..

Tuesday, February 15, 2011

POoligami??

assalamualaikum, jemput baca la ye
jangan malu jangan segan

baru je lepas tengok cerita empat madu.
ya..
i know,
i'm the last person on earth to watch that movie.
menarik la cerita ni.
bagaimana seorang lelaki boleh berkahwin empat.
walaupun empat
tapi hidup bahagia
isteri-isteri dia siap buatkan jadual lagi
siapa yang basuh baju
siapa yang masak
memang terbaik la!!

tapi...
dalam 100 ribu orang kat dunia ni
mungkin cuma 45 orang saja yang sanggup bermadu ni
dari apa yang jah tengok
macam best je bila kita ada kawan (madu)
boleh kemas rumah sama-sama
pergi shopping sama-sama
tengok hindustan sama-sama
banyak la lagi yang sama-sama

lagi-lagi bila dapat suami yang kaya raya
memang jadi hantu raya la jah
hahaha

sekarang ni boleh la cakap sebab jah belum kahwin
tapi rasanya bila dah ada suami
mesti rasa tak mau kongsi suami kita ngan orang len
well...
pompuan..
tapi kalau dah ditakdirkan.........
#
#
#
#
#
#
mungkin ada hikmah disebalik tu... 
tet.......... 

Sunday, February 13, 2011

POopulawwww...

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
baru-baru ni Jah ada 
menonton YT@youtube
pasal ewww...


haha...
betul gak tu..
agak-agak la kalau nak mencomelkan perkataan tu... huhu..
daa.. sampai ketemu lagi...

Monday, February 7, 2011

menyeksa kandungan

beli buku motivasi,
kalau tak ada motivasi dalam diri pon susah gak.
Jah ada terbaca buku ni,

ada seorang perempuan ni,
sedang mengandung 8 bulan tp dia bukan mak Jah ok!!
suami dia ada affair dengan perempuan lain
dia pon marah la 
tapi dia tak marah suami dia
dia tanya la kat seorang doktor ni
(bukan doktor yg dok kat hospital tu ye)

(ni la makcik yang sarat bengang kat suami dia tu)

doktor tu kata,
'puan jangan la fikir pasal sangat pasal benda ni sebab puan sedang sarat mengandung,
nanti puan dah bersalin barulah puan fikir nak mengamuk ke, apa ke,'
hal ini demikian kerana,
menurut doktor itu,
perkara-perkara stres boleh mendera bayi dalam kandungan
kandungan 9 bulan dah boleh dengar sangat dah pertengkaran emak dan bapak dia.

masa ni elok sangat la perbanyakkan baca al-Quran.

ada ustaz kata, elakkan tengok filem hindustan
takut nanti kalau dah besar asyik nak tukar baju je kerjanya,
dah tu nangis, dah tu bertengkar dengan TUHAN.