Friday, December 31, 2010

Bedak Cair Sudah!!

2011 sudah.. (nada Stacy terlebih sudah)
sambil melayan lagu lama tapi masih belum berkarat di kepala otak Jah ni
permaisuri, Data.

  Data bukan Dota ok!

Jah nak cerita pasal bas pula selepas peristiwa lif,
sebagai bakal seorang guru yang bersemangat plus sempoi,
baju kurung, bedak, betulkan tudung, pakai kad matrik, lengkap!
Jah pon melangkahkan kaki
keluar dari rumah menggunakan kasut baru.
eceh, tu pon nak bagitau.


Oi Jah!! mana kisah bas tu??
kejap la...
nanti la, baru je keluar rumah.

sampai sahaja di tempat menunggu bas,
Jah terberhenti...
'ni tunggu bas ke nak beli tiket bola malaysia lawan indonesia ni??'
memang penuh tanda tanya la.


panjang giler.


sebagai bakal guru yang berhemah,
baris je la.
bedak yang Jah pakai tadi dah hilang dilap oleh cahaya matahari
yang agak hot la.
kalau Jah yang hOt tak apa juga.
haha..


kolej = baris
kampus = mampus!

sebab apa kampus mampus??
tak ada barisan. tak cukup jalan.
apa yang kami lakukan??
rebOOooOttttttt!!

masa ni rasa nak fire je semua orang 

dah macam iklan milo tu.
ala, yang ada orang-orang nak masuk kereta yang sedia ada padat.
lawak la iklan tu.
pengalaman rebut bas.
kalau tak masuk sini,
tak rasa!!





Wednesday, December 29, 2010

Award Doe!!

bangga nya... 

ini lah award yang Jah menang tu.. hehe..

1. ucapan anda ?
Jah nak ucapkan bermillion-million terima kasih kepada Chek Suri kerana memberikan anugerah ini.
tak terkata pula. (sambil mengesat air mata) haha, tipu je. anugerah ini Jah
tujukan khas untuk mak abah, adik-adik Jah, yang selama ini menyokong Jah, kawan-kawan lagi.
alamak, panjang la pula ucapan ni. sudah-sudah.
terima kasih baaaaanyak-banyak.. (nada fazura dalam cerita pisau cukur)

2. berikan 4 ciri-ciri isteri/suami idaman untuk dijadikan suami/isteri .
ni yang Jah tak sabar nak jawab ni....
1. menerima Jah seadanya
2. org yang boleh memimpin tangan dan hati Jah ke jalan Allah.
3. manis macam gula-gula kapas
4. hormat mak abah Jah

3. berikan 1 tips untuk kekalkan hubungan dengan pasangan.
alamak!! haru nak bagi tips ni. nak kekal ek?? percaya kot. ntah la.

4. Pernah anda jumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta ?
doa dapat suami soleh pernah la jumpa. nak dekat jodoh ni macam tak pernah je. 
kamu ada ke??
kalau ada, boleh la emel kat Jah. hehe.

5.  letakkan 10 link pilihan anda dan beritahu mereka telah memenangi award ini.
6 je la ea....   
korang adalah insan-insan bertuah memenangi anugerah ini.
1.  2+2=5
2. shaqq
3. natrah
4. eton
5. zuzu
6. mas yang ayu

Monday, December 27, 2010

Ih minah ni, lepuk karang!!

teringat masa mula-mula menjejakkan kaki ke
Universiti Pertemuan Suami Isteri ni
rasa macam raja sehari gitu
 kenapa???
nak bagitahu la ni, 
kehadiran Jah disambut dengan bunga-bunga
yang ditabur pada jalan
siap ada bodyguard lagi kat belakang Jah tu.
bunyi kompang lagi...
pak bung pak bung 

note muzik kompang tu... lalala~

haha. itu angan-angan Jah je.
hakikatnya,
Jah disambut oleh............ jeng jeng jeng 
abang-abang yang hensem kacak lagi bergaya
kakak-kakak yang cute molek dan eligen
(alamak tak reti la nak eja eligen)
janji boleh baca kan..
ayat pertama yang disebut....

"selamat datang CIKGU"
tu dia...
belum mula belajar pon dah dipanggil cikgu.
memang kembang la masa tu
rasa macam nak meletup pon ada.
al maklum la... 
yang mendaftar kat universiti ni bukan Jah sorang


ramai chek oi..
dah tu, lif yang disediakan untuk setiap blok cuma dua
maka dengan itu,
ramai la berebut-rebut nak masuk lif tu
tu belum naik bas lagi
pasal bas nanti Jah cerita.

cuba anda bayangkan ye...
asap kepul-kepul...... (cuba membayangkan)
apabila pintu lif terbuka,
orang yang berada dalam lif tak dan nak keluar
orang yang diluar lif dah bantai masuk dalam lif
gaya mereka ibarat ternampak air dipadang pasir
dasyat tak dasyat
bengang tak bengang
sopan ke tak tu??

rasa nak debik je orang tu

sakit hati Jah kalau Jah jadi orang dalam lif
Jah adalah orang yang diluar lif,
sakit hati sebab kena tolak,
IH MINAH NI, AKU LEPUK KARANG!!
sabar la, aku pon nak naik gak (dalam hati je, sambil pandang belakang senyum-senyum)
geram sungguh...


dengan hati yang bengang,
Jah pon merajinkan diri memanjat tangga yang telah disediakan 
oleh pihak kolej
bersama rakan-rakan serumah Jah
tingkat 6 wooo... 
nak tercabut semua skru-skru yang mencengkam lutut Jah masa tu.

nasihat Jah.,
kalau pon anda tidak belajar moral,
pikir la sikit,
jangan la pikir diri sendiri saja.
tak kan nak masuk lif tunggu orang dalam lif keluar dulu pon nak kena ajar??



Sunday, December 26, 2010

bOOla!!

pelajar baru ambilan disember masuk,
Jah dan rakan-rakan biro ekonomi dan keusahawanan membuka gerai
yang menjual pelbagai keperluan
seperti iron. cerek letrik, hanger, timba, dan mcm-mcm lagi.
senang kata, macam-macam ada.

hari ni jugak Jah pergi menonton perlawanan bola,
antara MALAYSIA dan INDONESIA
dikedai SAHABAT.
(abg, belanja sikit, dah promote ni)
sambil menghirup sirap laici yang 
perrrh... memang menyedut hingga titisan yang terakhir la.
ditambah dengan tom yam ayam yang memang membuatkan
bibir Jah ni jadi macam Angelina Jolie.
pedas beb.

nasib baik Jah datang masa dah separuh masa kedua
masa tu baru la ada bola yang berani nak masuk 
kedalam gawang gol INDONESIA.


walau bagaimanapun, Jah selaku 
rakyat MALAYSIA yang bersemangat waja
berasa sungguh bahagia kerana MALAYSIA telah berjaya!
bahagia?? macam ada yang tak kena je. haha..
hentam ja la labu Jah.



Friday, December 24, 2010

First time kena Tag!!

 cik inchi terima kasih kerana mengetag Jah yer. 
Jah tak barapa paham la pasal tag, kontest, apa lagi ntah..
 huhu.. masih dalam proses belajar..
 Jah rasa sangat..  terharu dan gembira... tgk Jah senyum..
Apakah status anda
belum berkahwin.. hehe... 


Ceritakan tentang diri anda 
Jah seorang perempuan. of cos la nama pun Jah. haih.. bercermin mata, insyaAllah bakal menjadi cikgu. wink.. wink.. anak nombor dua sebenarnya, lepas abg meninggal jadi anak sulung la. eh.. betul ke fakta Jah ni? ke anak nombor dua tetap anak nombor dua. ah... apa-apa la. tak botak.. haha.. 

Ceritakan tentang Blog anda

blog Jah?? Jah baru ja wat belog ni. blog Jah ni ada tulisan dan gambar.. blog Jah juga ada lagu. ada girafah yang pandai berkata-kata. semua benda yang tangan Jah rasa nak taip, ada la dalam blog Jah ni.

Apa pandangan anda tentang dunia blog?

macam masuk dalam library yang Jah cipta. sebab apa?? sebab blog ni tak skema sangat. lagi banyak gambar, lagi Jah suka. kadang-kadang tak ada gambar pon Jah suka gak. macam tengok astro pon ada. ye la, macam-macam ada. haha.


Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog
buat la blog.. ada ilmu juga!!!

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda

unik?? tak tau la.. kalau lihat dari mata Jah, blog ni unik.. kenapa?? tak tau la.. haha..

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

sampai menutup mata. hehe.. (poyo kejap) hanya Allah yang tahu. impian?? dapat berkongsi cerita. ye la, sharing is caring kan??



Thursday, December 23, 2010

bOOtam!!

ketika Jah sedang tidur gaya ala-ala catwoman,

bangun! bangun! bangun!
kata nak main botam hari ni..
dengan muka yang bersemangat waja ala-ala Superman


Jah dengan Dayah (roomate Jah) pergi mengejutkan rakan-rakan lain
untuk bermain botam.
botam tu singkatan untuk bola tampar.
sebelum sempat bermain,
Jah jalan mengundur sebab nak tangkap bola yang dibaling,

tapi apa kan daya, sandal pon dah lama tak minum air,
tempat pulak ada air,
gedebuk!
punggung Jah pulak melekat pada air,
huhu.
nasib baik tak ada orang lain nampak selain kawan-kawan Jah.
kalo tak, nak letak mana la muka Jah ni,

walaupon jatuh,
ini tidak menghilangkan mood Jah nak main pagi ni.
sampai tangan Jah lebam-lebam.
well, tak pandai main kan.
what ever....
Jah dan rakan-rakan main penuh semangat.

Jangan Jadi Budak Tak betOOl!!

teng... teng.. teng..
bunyi ringtone telefone Nokia kaler merah
model, erkk... tak ingat la.
lagu miley cyrus, Party in USA berkumandang di corong telinga Jah,
menari-nari sebelum mengangkatnya
dan tiba-tiba sebelum sempat jawab,
MATI SUDAH!
haa,, padan muka Jah. sape??
ada la.

sebelum lagu Party in USA, tu lagu 
Budi Setahun Gunung Seintan nyanyian Ahmad Jais n Katrina Aziz
menusuk telinga Jah yang agak pekak, (sikit aje ok!)
lagu ini khas untuk keluarga Jah yang tersayang,
Mak memanggil...
rupanya Abah Jah yang call menggunakan telefon Mak Jah
perbualan abah dan  anaknya,

Abah    : assalamualaikum my doter.
Jah       : waalaikumussalam my fader.
Abah   : how are you??
Jah      : alhamdulillah.. how are you??
Abah   : good2..
Jah      : (terdiam sebentar, pelik abah call siang-siang) er... kenapa?
Abah   : result Gemok dah keluar.
Jah      : (dengan gembira) ye ke?? mook dapat berapa??
Abah   : 1A 6B 1C. kakak call dia, pastu kutuk-kutuk sikit. haha. (Abah Jah gelak dengan dasyatnya)
Jah      : ok-ok, roger!

Jah terfikir, 
bukan gambar Jah tau ni, kawan..

malas-malas adik Jah tu,
pandai juga ye dia.
Jah kira bersyukyur la jugak sebab dia tak gagal.
Jah pun mendail Mook,
lagu apa ntah caller ringtone Mook, (sedap gak r)
sempat la Jah nyanyi-nyanyi sebelum adik Jah menjawab telefon.
perbualan seorang kakak dan adik lelakinya :

Mook  : Hello.
Jah      : ha, mook... result ko berapa?? (walaupun dah tahu sebenarnya)
Mook  : result tak jadi keluar hari ni la kak.
Jah      : ek?? eleh.. kenapa pulak tak jadi keluar??
Mook  : entah la, tak tau la. tp memang tak keluar la hari ini (berniat menipu kakaknya yang sudah sedia tahu)
Jah      : Mook.. baik ko cakap betul-betul. 1A.. lagi?? 
Mook  : 6B 1C. 
Jah      : yang A dengan C tu apa?
Mook  : A kemahiran hidup C matematik
Jah      : hek eleh... matematik boleh dapat C? pesal la BM dengan BI tu tak dapat A? ko kan terer bab bahasa ni.
Mook  : tak de rezeki. 
Jah      : tu la ko, kalau ko belajar betul-betul mesti moto RXZ tu dah ada depan rumah sekarang ni. (nenek Jah janji nak bagi motor tu kalau Mook dapat stret A)
Mook  : nanti boleh beli sendiri.
Jah      : iye la tu. k la kirim salam kat emak ye. bye.
Mook  : bye.

Mak Jah selalu cakap, 
kita kalau tak pandai sangat pun tak apa,
cuba lagi,
tapi JANGAN JADI BUDAK TAK BETOL
maksud Mak Jah :
1. Jangan mencuri
2. Jangan hisap dadah
3. Hormat orang tua

walau apa pun yang terjadi, 
UTAMAKAN KELUARGA,
SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG!!

tahniah la Mook, 
lain kali study buku sekolah bukan majalah motor.
Yoyai adik Jah sorang ni..





Wednesday, December 22, 2010

Wanita Berapi!!

minta share yer Abg lanOOn.. suka Jah baca pasal personaliti ni. ye la, dulu bercita-cita nak menjadi pakar motivasi macam Datuk Fadzilah Kamsah tu. 

KEPADA ORANG-ORANG KAMPONG, BACALAH... ORANG BANDAR KE HULU KE, BOLEH BACA SAMA.
rujuk ini dulu yer, bukan pilih ikut suka hati..
1. Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
2. Air - kedua, Keenam, kesepuluh
3. Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
4. Angin - keempat, kelapan, kedua-belas


Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.


Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

Tuesday, December 21, 2010

Ferrari kO undO la Weh!!

terbaca 2+2=5 punye post yang bila ntah tak ingat pasal lesen memandu perlu kah?? 
kalo ikot undang-undang jalan raya negara yang merdeka ni
MEMANG PERLU!
tapi kalo ikut Jah, tak ada pon tak apa. hehe
janji boleh bawak dengan berhemah.

berhemah tu maksudnya,
potong kenderaan yang bergerak mcm siput bab1 tu,
mengikut had laju dan tanda jalan yang diberi,                                                                                                                                       kalau pro, laju pon tak apa sebab kalau kena saman duet 
hangpa yg melayang bukan duet Jah. 


Jah ada adik lelaki yang bersaiz seperti jejaka berumur 19 tahun,
walaupon sebenarnya baru je lepas PMR
dah mcm saiz abah Jah
arwah abg Jah kurus
Jah sedang-sedang
adik Jah besar. (Jah panggil dia mOOk)


pada suatu hari yang indah dan permai, mook berjalan-jalan di Sungai Besar (pekan) menaiki motor Yamaha Lagenda milik mak Jah. (jalan2 naik motor??) bakal jadi wakil rakyat kat sungai besar agaknya, melihat-lihat rumah-rumah yang ada, cukup makan kah mereka-mereka itu. hehe. Jah gebang je part cukup makankah mereka tu. ketika melalui pejabat pos, tiba-tiba.....

ada Abang Misai suruh berhenti tepi, berikut adalah perbualan mereka berdua :

                   Abg Misai   : ic dengan lesen?
                   Mook         : (tersengih-sengih macam kambing dapat bunga)
                                        ic je encik.

tanpa membuang masa, Abg Misai pon memberikan surat cinta kepada adik Jah. adik Jah kena saman 2 kali. Jah plak tak pernah kena saman. (muka bangga). mulai hari itu, adik Jah pon sentiasa patuh arahan abah Jah. selalunya hampeh. ye la, siapa yang nak bayar saman tu kalau bukan abah Jah.

ha......

Pasal Ferrari Jah undur tu,,,

senang cerita, hari mengambil test kereta telah tiba. Jah berbaju merah, bertudung putih dan berkasut sukan berwarna biru (macam tak kena je style ni) ah.. hentam je la.bersama rakan-rakan dengan jiwa yang berkobar-kobar setelah menjalani latihan selama beberapa hari ke minggu ntah Jah tak ingat menuju ke pusat latihan memandu untuk menjalani ujian memandu.

Jah pun memasuki  kancil yang putih lagi bertayar
dengan yakin!! mesti lepas punya la!!
tangan kanan menghidupkan enjin,
dan kancil yang membawa Jah pun meluncur dengan bergaya
berenti betul-betul atas line kuning macam yang pakcik tu selalu ajar
namun...........
apabila masa untuk kancil bergerak ke hadapan,
brek tangan pula tersekat,
Jah menggelabah,
kaki yang melepaskan clutch ntah jadi macam mana,
dengan tiba-tiba brek tangan tu boleh plak turun.
kancil@ferrari Jah pon meluncur kebelakang.

ayat yang telinga Jah tangkap :
Abg JPJ   : tarik hand brek!! dah, dah! turun!!

sedih wooOOoo..
trek : GAGAL!
jalan raya : LULUS!

so, kena ambik sekali lagi untuk trek..
Finally..... alhamdulillah, LULUS SUDAH!










Sunday, December 19, 2010

Darah Awak??

darah Jah darah O.. sebab tu Jah suka cakap HOOOOOO yea!! haha.. tak de kena mengena la chek jah oi. sekarang untuk jenis darah pasangan anda. kalo ada la, kalo tak da pon tak pa, mungkin bakal suami, teman lelaki, isteri mahupun teman wanita anda. wah.. gitu..


si dia berdarah A
-dia tergolong dalam individu yang serius
-berusaha membina masa hadapan yang cerah
-amat baik kepada kaum wanita
-lelaki: gentleman
-give and take person
-inginkan pasangan hidup yang sempurna
-cenderung bertindak sebagai ketua di rumah
-kalau stress, akan melemparkan marahnya pada pasangannya
-baran yang tidak long lasting
-cepat makan pujukan




si dia berdarah B
-hanya melakukan perkara yang dia mahu sahaja
-lebih mengutamakan minat sendiri
-selalu mengabaikan pasangan
-suka menikmati kehidupan
-tanggungjawab pada keluarga agak kurang (lebih pentingkan diri sendiri)
-tidak akan menyusahkan pasangan
-gemar sendiri
-tidak sukakan perhatian




si dia berdarah O
-berkemungkinan besar untuk berubah selepas mendirikan rumah tangga
-romantis
-sering melindungi pasangan
-agak pemalas
-sentiasa bekerja keras
-berhati-hati dalam komunikasi (hati lembut pada perempuan)
-pantang terguris (lama merajuk)
-ego setinggi menara klcc
-tidak suka dipaksa




si dia berdarah AB
-seorang yang prihatin
-jika pasangannya sakit, dia akan merawat dan sering menghubungi
-penyayang
-punya waktu untuk dan tempat untuk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapa pun termasuklah pasangannya
-tidak suka orang menganggu waktu dan hak peribadinya
-suka cakap banyak
-tapi tidak suka bercakap tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri
-manja dan tulus hatinya
-berjiwa seni dan sukakan kedamaian
-pandai memasak



Darah!!!

lepas makan malam kat kedai sahabat tadi, Jah dan rakan-rakan (kak S, Z, dan D) pon pergi menurunkan makanan yang berada dalam perut kami. patutnya kedai sahabat tu bagi kami makan free, ya la kan, nama pon sahabat, dengan Jah pon nak berkira. haha. tu la, sapa suruh bubuh nama sahabat. Jah oi, agak-agak la kalo sume sahabat nak kena belanja hang, tokey ikan pon boleh bankrupt. huk2..

jalan punya jalan punya jalan. berapa banyak jalan da.. jumpa la 7 11 kat depan kolej tu, jah tengok ada majalah ni macam menarik ja untuk dibaca apatah lagi semasa tiada aktiviti yang menarik dan menguji minda untuk dilakukan. nama majalah tersebut, jeng2... REMAJA. selak punya selak Jah ternampak sesuatu yang menarik pada pandangan mata Jah. 

ni yang Jah nak kongsi ngan hampa2 suma. buleh ek remaja.. sharing is caring.. hikhikhik..

Maksud Disebalik Merahnya Darah!

kamu berdarah A
- boleh jadi ibu atau bapa dan pasangan yang baik
-boleh buat keputusan yang bijak 
-boleh menangani banyak perkara
-kamu tegas dalam urusan kerja
-tidak suka membuang masa (menepati masa)
-sering mengabaikan kesihatan dan selalu sakit
-degil dan tidak suka mendengar pendapat orang lain
-adil
-boleh menjadi orang tengah yang baik
kamu berdarah B
-kamu dahagakan penghargaan
-sukakan perhatian, (sometimes nampak terdesak namun masih boleh dikawal)
-trendy dan bersosial
-tidak suka duduk dirumah sepanjang hari
-happy go lucky dan suka berkawan
-terkenal dan menjadi perhatian dalam kalangan teman-teman
-bijak membawa diri
-agak ego namun sangat mempesona (teman tak sampai hati marah kamu)
-boros
-ringan mulut
kamu berdarah O
-bijak mengatur kewangan
-jimat cermat (sometimes terlalu pemurah)
-tidak kisah dengan keadaan sekeliling (tak up to date)
-kurang gemar bergaya
-konservatif
-bukan seorang yang berfikiran terbuka
-cergas berfikir
-dari sudut cinta : seorang yang cukup menawan
-panas baran 
-pantang dicabar
-berani
-sometimes sombong (nasihat : senyum selalu)
kamu berdarah AB
-seorang yang cerdas
-bijak buat keputusan dan relevan
-guna waktu tingkatkan mutu diri dan aktiviti baru
-masa itu emas
-berusaha menjadi sempurna
-cool
-suka berdiam diri dan memendam rasa
-dari sudut cinta : ramai yang minat tapi takut nak untuk mendekati kamu
-ada masalah bau badan
-penakut
-kuat cemburu

lepas ni ada lak jenis darah untuk pasangan anda.....