Monday, January 20, 2014

Mungkinkah Jodoh

Hey, wassap yaw!!
Assalamualaikum
Tak jawab dosa, kalau jawab.... pahala..

Tatkala Jah sedang sibuk memikirkan Final Year Project Jah berkaitan tenaga dalam kapasitor yang Jah sendiri antara paham dengan tak paham ni, dilambung persoalan cinta.
Korang nampak tak tu cintaaaaa.... 
Jah adalah minat kat sorang mamat ni masa praktikal..
Ha... Jangan dok sibuk nak tengok balik post praktikal tu yer.

Minat tu pon sebab kawan baik Jah yang dok kanen-kanenkan tanpa pengetahuan si dia. Mari kita namakan si dia Mr.Rahsia. Hahahaha. Sakan gelak. Kawan Jah kata ada Mr. Rahsia suka pada Jah. Well, hot stuff ni mesti la orang suka. Perasan gile. Phui... Bila umur sudah meningkat keinginan untuk disayangi dan menyayangi semakin membuak-buak. Tu dia.. Merghela nak menikoh.

Aina menceritakan pengalaman adiknya Nuraini Azira atau panggilan glemernya adalah Eraa meluahkan hasrat terbuku dihati nu. Ceritanya begini....

Pada suatu petang yang damai dan indah (petang kot, Jah hentam je tu) perbualan antara mereka direka oleh TheChekJah tapi lebih kurang begini la dialognya.

Eraa : Kak.. aku ada suka kat sorang mamat ni. Macam soleh dan beriman  gitu orangnya.
Aina : Dah tu? Era friend tak dengan dia kat efbee?
Eraa : Tak pon, seganla..
Aina : Add la.

Eraa pon membuka telefon dan membuka aplikasi fesbuk untuk menambah mamat yang diminatinya menjadi rakan. perbualan bersambung...

Eraa : lepas tu?
Aina : beritahulah pada dia yang Eraa suka dia.

Nasihat Aina dilaksanakan dengan jayanya oleh Eraa dan si mamat tidak mengecewakan apabila memberikan nombor telefonnya dek kerana kejaranganannya membuka fesbuk. Kejayaan adiknya dijadikan motivasi buat sahabat baiknya ini iaitu Jah untuk memberanikan diri meluahkan perasaan dihati. Nampak tak permainan dia. Hahaha. Namun Jah bukanlah orang yang mudah dilunturkan semangatnya memendam rasa. 

Malam itu, Dayah dan Asilah datang ke rumah sewa sementara Jah. Saja-saja datang melawat jiran. Jiran yang baik sentiasa mengambil berat keadaan jiran yang lain. Wow. Subhanallah hebat sikap mereka ni. Sebelum itu, mari Jah terangkan penampilan Dayah dan Asilah.

Dayah... Berkulit cerah, bermata sepet bercermin mata, berisi sedikit tapi tak gemuk pon. 
Pandai berkata-kata (Jah doakan dia menjadi pendakwah bebas atau personaliti tivi), 
berpakaian menutup aurat, sedang mencari calon juga. 

Asilah... Tidak bercermin mata, suara yang comel, lebih berisi dari Dayah, berpakaian 
menutup aurat (boleh buat stok isteri2 solehah), perangai sangat comel juga, 
Jah suka mengusiknya kerana dia takut cerita hantu. Kehkehkeh.. 

Memandangkan Dayah dan Asilah adalah antara sahabat yang Jah senang untuk bercerita Jah pon ceritakan semua yang terbuku dihati kepada mereka berdua dan termasuklah Betty yang juga berada disitu. Kesimpulan dari perbualan itu adalah........ (Perbualan terlalu panjang untuk dikongsi, woha!) 

ISTIKHARAH
Maka dengan itu Jah tidak akan sesekali meluahkan Jah suka pada Mr.Rahsia sehingga Jah beristikharah dan  yakin dengan petunjuk yang Allah bagi. Mohon kalian rahsiakan perkara ini. Hehe... 

Teruskan tersenyum kerana mungkin ada orang lain yang boleh bertukar mood menjadi ceria kerana senyuman anda... pis yaw!

Friday, January 17, 2014

Mohon cinta beri aku penyelesaian...

Hello and assalamulaikum..

Malam tadi sebelum tidur Jah dan one of my bestie Cik Baitilizzah or Jah panggil Betty bersembang berkenaan cinta. Wah wah wah.. Remaja tua ni hanya lancang berbicara soal cinta dan masalah dunia selain lupa menjadi mayat itu pasti. Sebelum itu aku ada membaca blog Inche Hamka dan ini membuatkan Jah berfikir bahawa berkahwin awal itu baik untuk menahan godaan dunia. Sedang Jah dalam dilema memikirkan berpasangan atau lebih popular dengan panggilan bercouple itu adalah haram sekiranya tiada niat untuk berkahwin. Ini membuatkan Jah lebih berfikir, kalau bebudak tingkatan satu dua yang disuruh belajar pon banyak beno songehnya, hendak bercinta adakah mereka bercinta hingga mereka punya niat untuk berkahwin antara satu sama lain?

Terniat barangkali untuk berkahwin tapi sedarkah mereka berkahwin bukan sekadar nak ehem ehem itu sahaja dan juga ucapan i lap u u lap i too. Ini melibatkan tanggungjawab. Mohon kepada adik-adik kumpul ilmu dulu baru sembang kencang pasal cinta di facebook dan twitter. Kerja sekolah Jah bagi pon tak siap sibuk nak tweet cinta. #phui... sakit lutut memikirkan set-set baru nak up ni. 
"U are mine forever" hey... Nothing last forever. Bak kata Inche Hamka sebelum menjadi mayat. Ha... nampak mayat? mean... Mesti matilah. 
ok sambung...

Jah pernah berkawan dengan someone from wechat and i'm kinda like him but...... perasaan bersalah datang menerpa kalbu ku.. eceh... Terasa macam sedang bermaksiat dan dalam masa yang sama terasa gembira ada yang menyukai diri ini. Tak pernah jumpa pon tapi chatting macam dah kenal rapat sangat gayanya. Mr. Z nama Jah samarkan disini. Mr. Z ajak jumpa but I refuse to do so pasal zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku even berjumpa ditempat terang dan ramai orang siap ditemani kawan. He got sad and stop chatting with me. Baiklah... Jah berfikir dengan tenang dan waras, mungkin Allah tak suka apa aku buat. Something better is coming up. I'll look forward for it.. Allah knows best...

Siapa yang tak suka kalau ada orang suka but still tak semestinya orang suka kita kita kena suka dia balik. Wakakaka.. Tapi kalau dia suka kita dan tetiba kita suka dia jugak tu bonus. Hahaha. Jah menafikan sekeras-kerasnya yang Jah akan bercinta cintun sebelum kahwin sebab cinta2 ini akan menjadi pahala andai ikatan itu halal. Nampak tak Jah yang konfius ni??

Nak kahwin kena kenal baru boleh jatuh cinta ye dak...


Istighfar mendekatkan jodoh.. Ha.... hehehe..  

Thursday, January 16, 2014

India raya kedai makan pon tutup,,,

Assalamualaikum dan hai cantik dan hensom...

Seperti biasa.. Sayang apa khabar denganmu? Jawab jangan tak jawab.. kalau nak rasa disayangi oleh Jah la.. Woha.. Terasa lapo dikdak perut ambe bila malam sebelum tidur makan banyak. Hambek! My future abang sayang, ketahuilah Jah ni tak boleh makan banyak sebelum tidur kerana bangun dari tadur nanti akan menjadi sangat lapar. Nanti kena makan lagi, mana nak slim body ni ha... Okey melalut lagi.

Balik ke TM ni kengkonon nak buat kerja yang banyak giler tu. Tapi dek kerana perut Jah dan pasang kagu rancak bergendang sakan, terpaksalah layankan perut ni nak cari bebawang dll untuk masak sardin tapi apakan daya, semua kedai tutup dan ada satu kedai runcit ni tak jual pon bebawang. Watdehek.. last-last beli perencah nasi goreng kampung jugak. Berbekalkan pemerhatian pada tulisan dibelakang pack nasi goreng tu, Jah memasak dengan diva sekali. Sedapnya........ rasa macam makan kat hotel 5 star gitu. Over sangat yer disitu. 

Well, raya kan diorang ni pon nak raya walaupon bukan perayaan bangsa dia pon mungkin gf dia mungkin adik angkat dia. Tapi tak perlu sambut okey. Sendiri tahu kan.. 

Teringat zaman praktikal...

Assalamualaikum and a very good day to you charming.

Dah berzaman rasanya tidak menghupdate this beautiful and lovely blog.

Ini kali pertama selepas adik2 aku gengster Jah punya kesedaran hendak menulis @ menaip.
Well, tetiba rindu pula pada menulis selepas membaca blog evelyn rose.
What a beautiful and talented novel writer. Ni semua gara-gara cerita ariana rose kat tv3 yang selalu tayang waktu maghrib tu la. Spoil betul la waktu dia tayang. Nasib baik ada recorder dan juga abang kacaak terlampau tonton boleh la Jah menjamah mata menonton dengan tenang.

Masa bulan 8 haritu Jah dan member2 yang sama trelar dengan Jah pergi berpraktikal di sekolah yang dah ditetapkan masing-masing. Jah mendapat bersama dengan one of my bestie, nuraina mardhiah abu. Dia single tau. Tapi siapa berkenan terus je call ayah dia. Anyone interested? PM me... hehehe.. I'll give u her father's number, but make sure leave your facebook id so that he can recognize you. Apa kau melalut ni Jah..

Okey.. ni la satu gambar masa Jah praktikal.. nanti Jah kenalkan sorang-sorang.



Pilih-pilih mana suka, ada melah kelabu bilu coklet semua ada, pilih pilih

Tertunggu-tunggu lettew Jah perkenalkan.. 
Dari belakang sekali : mama nisa dan si cantik manis saliha samsuddin
Barisan tengah : hot stuff aziana (adajualprodukecantikantaw), iolls, si ceria norin, my bestie aina and senyuman colgate si aisyah
Barisan pangkat tinggi (acah2 nak jadi pengetua) dari kiri : bakal juruletih farhan, easygoing ijam, si kecik taknak gemuk ruby, talented speaker nadnoh, cikgu ganti bukan praktikal yang masuk geng praktikal raihan and sukan lover ezwan... 

Mana-mana yang uolls berkenan tu simpan je dalam hati. Iolls malas nak tolong kanen. Kalau iolls yg uolls berkenan boleh terus pm la. Nanti iolls pertimbangkan. Okey itu adalah satu penipuan, toksah mengada nak main-main dengan hati perempuan iolls ni. Nanti kesian sama bakal inche hubby. 

lagi gambar..
walaupon Jah tak ready, i look superb... wekk,,,

Ni kengkonon buat free style...


Aku nak kahwin...... sambut bunga konon2.. Phui.. 

Dah la.. sampai sini dulu. Nanti Jah rajin, Jah update lain. Buat azam yang hebat untuk tahun yang hebat dan laksanakan dengan hebat juga,,