Sunday, April 24, 2011

Aihhhh....

assalamualaikum dan salam sejahtera
hari ni tak nak tulis panjang berjela-jela macam kain ella kat kedai tu
hari ni jah exam matematik untuk sains 
atau dalam bahasa omputihnya,
mathematics for science
...

m3 4 science ni kira basic calculus la
otak jah ni agak ke laut la kan
kalo bab matematik ni

hek eleh,, basic je kot jah oi!

ahhhh...
senang cite, jah jawab memang hampeh la

paper exam tu macam ni la...

hampeh!!
hAMpeH!

bila pengawas dah kutip paper, boleh lak dak sebelah jah ni dok bincang2 jawapan
adoyai,,, tak nak dengar!!!!

cuma berharap tak kena repeat paper.... huhu,,,

Thursday, April 21, 2011

Exam wak lu!!

selamat pagi/ tengah hari/ petang/ malam
pilih yang mana kamu suka
ahhhhh....susah-susah je,
assalamualaikum
jawab sekarang!
dah jawab? alhamdulillah
belum jawab? nak kena belasah


sekarang ni kebanyakkan budak universiti tengah exam
jah la salah sorang budak yang tengah exam tu
jah selalu dengar study smart jangan study hard
betul tu.
jah setuju
tapi.......
macam mana pula kalau kita tak tahu style study smart kita macam mana?
study ni bukan boleh ikut orang sesuka hati
mungkin member kita ni study smart dengan cara bukak fb sambil study
atau study smart dengan pegi ronda-ronda satu kolej sambil bawak nota
atau guling-guling dalam selimut sambil mimpi apa yang masuk exam

jah rasa bukan semua orang boleh study smart 
maka oleh itu, 
eceh gaya macam nak wat esei ilmiah je ni. ehemmmmm...
study hard la buat sesiapa yang masih ragu akan style study smart mereka
tapi kalau dah tau,
.....

study hard pon hard la jugak
tapi waktu solat makan mandi jangan buat-buat lupa lak
memang nak kena terajang la tu kan
agak-agak la wei
rehat-rehat sikit
joget-joget lagu justin bieber ke, mas idayu ke, sape gelek gerudi tu? 
lupa lak nama dia, sape2 la lagi. ikut suka kamu la

joget macam saya...

orang kata, jah tak kata
study lepak result gempak! 
gempak disini adalah yang cemerlang, gemilang, terbilang tu ye
bukan gempak yang mintak kena sepak tu.


paling penting
usaha dan tawakal
doala banyak-banyak
jangan tawakal je lebih
studynya ke laut
hehe..
dah la dulu, nak goreng roti ngan telur ni,
assalamualaikum
ha tengok pe lagi? jawab la.. daaa....

Wednesday, April 20, 2011

kakchik dan bangchik

alamak kak, tgh seksi ni.... 

 bangchik vs kakchik

 aww...

 kaki kakchik

 ada gaya macam lisa surihani tak?? 

 tidur la kejap...

 masih tidur lagi...

 celik sudah. besar tak mata saya?

 ngantoknyewww...

 hahaha... sayalah ali baba bujang lapok

ready everyone... kita joget.... ewah...

Wednesday, April 13, 2011

Jah tak kan lupa.. insyallah

assalamualaikum semua
sihat kah?
dah makan kah?
dah cukup tidur kah?

jah baru pulang dari kampung setelah sekian lama menetap 
kat kolej harun aminurrashid ni
seronok dan bahgianya jah ada 2 org adik
sorang bangchik sorang lagi kakchik

selama ni jah tak nampak macamane mak abah jah besarkan jah
bila ada adik ni, 
memang jelas di mata jah ni,
mak jah sakit-sakit pon bangun ambikkan air untuk kakchik n bangchik
mandikan pagi petang
kalau nangis susukan, buang eek dia,

malam tadi mak jah cite yang kakchik tak tido dr pukul 4
mak dan abah jah pon berjaga la bersama-sama kakchik
siang kakchik tido
tp mak abah jah??
abah kerja
mak jaga kakchik dan bangchik
kakchik ada kuning
tp dah kurang banyak dah

ni membuatkan jah terfikir
macamana la kita sebagai seorang anak boleh bersifat kurang ajar
lagi-lagi yang tak nak jaga mak abah yang dah tua
dah lupa ke, yang mak abah la yg susah-susah jaga kita masa kecik
jah berdoa supaya jah tak tergolong orang yang akan menghantar mak abahnya 
ke rumah orang-orang tua
walau susah macamana sekali pom.
kepada sesiapa yang mengenali jah
sekiranya ini terjadi di masa depan
tolong la nasihatkan jah,
tampo je bio sedo.
syurga kita terletak pada redo ibubapa.......

daa... sampai ketemu lagi....