Wednesday, January 19, 2011

Hadiah terbaik!!

13 Januari 2011
ulangtahun kelahiran abah Jah yang ke 45.
Jah di kolej, so
Jah call abah.


abah : hello.
Jah : assalamualaikum my father.
abah : waalaikumussalam my doter.
Jah : selamat hari lahir, nak kakak nyanyi ke?
(tanpa menunggu jawapan abah, terus nyanyi lagu happy birthday.)
ala, tak dapat abah nak belanja kakak KFC.
abah : aik?? beday abah, abah yang belanja?? (sambil ketawa)
Jah : mak tak bagi abah hadiah ke?
abah : tu yang dalam perut mak tu.
hadiah terbaik abah.
Jah : (tersengih bagai first time dapat makan kek)


perbualan diatas menggunakan loud speaker oleh abah Jah,  mak Jah ada disitu sekali



mak Jah pregnant okay.
dapat adik.. ho ye ho ye
daripada jawapan abah Jah tu,
Jah merasakan betapa sweetnya abah Jah tu.

mak dan abah Jah.

kepada yang nak jadi suami Jah,
contohilah abah Jah..
kuang3...
'abah, kakak puji abah ni, nanti belanja tau'.hehe (macam la abah Jah baca blog Jah ni)

Tuesday, January 4, 2011

MengantOOk!!

hari pertama kuliah,
Jah memakai kasut baru.

kelas mathematics for science
pensyarahnya??
lelaki of course.
hensem??
tua sudah, ada janggut, pandai melawak.


status Jah??
tak mengantuk.
tempat duduk??
2 barisan dari belakang.


kelas seterusnya,
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : DASAR DAN FALSAFAH
pensyarahnya??
perempuan.
comel??
arr... ada title doktor.
(macam tak ada kena mengena saja, whatever)
status Jah??
mengantuk tahap paham gila apa yang diajar
mean, angguk, angguk!! geleng, geleng!!

Jah menguap dengan dasyatnya macam singa ni, maaf dr mengantuk sangat

tempat duduk??
depan sekali dalam dewan kuliah 
nak main sudoku pon cuak sebab duduk depan sekali.

akibat memakai kasut baru??
melecet..



Saturday, January 1, 2011

DuyOOng ke DugOOng??

hari ini,
Jah dan rakan-rakan dapat rumah tetap untuk semester kedua.
rumah Jah, teeet...

hot kan Jah?? haha..

mana boleh beritahu kamu-kamu semua,
nanti ada stalker pula.
eleh Jah, baget hOt.

Jam 2.30 petang.
Jah bersama 6 orang rakan.
kak diha, kak ros, wawa, are, zuzu, betty
menaiki prebet sapu
milik Pak Tam. bukan proton saga,
tapi AVANZA.


boleh la muat kami bertujuh.
kalau tak, alamat jadi macam iklan milo padat sensasi tu
tujuan : KALUMPANG

pernah dengar tak??
ala.. yang ada air berani mati tu.
yang suka terjun tu.
walaupun tak nampak la dari mana air tu terjun.

suhu : 15 ijazah celsius kot
Jah hentam je ni. sebab memang sejuk.
tak tipu punya sejuk.
rasa macam duduk dalam peti ais yang bahagian freezer tu,
amboi bunyi macam pernah je duduk dalam freezer.


kami mandi dengan sangat gembira
siap buat renang berirama lagi. 
haha, part renang berirama tu Jah tipu.
muka Jah and the geng menggigil kena air

kami terdampar dalam air yang sejuk dan nyaman
boleh kecut jerawat Jah ni.
sambil menggoyangkan kaki,


wawa berkata :  tengok ni duyung. (merujuk dirinya yang sedang meniarap dalam air)
Jah : duyung ke dugong?
kami pon bergelak ketawa..
sambil menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

status :  penat tapi enjoy la sebelum start kuliah isnin ni.

Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru

check this out : tekan sini dulu!!

mari kita berpantun,

nora danish makan agar-agar,
agar-agar berbentuk ikan,
si Jah ni budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.


Jah ni memang baru la dalam dunia blog ni
menarik tau blogging ni sebab kalau status facebook pon ada limit perkataan
blog?? tak ada pon.
boleh letak gambar lagi.
boleh letak video lagi.
boleh tgk gambar yang macam-macam saiz.
boleh apa lagi ya??
aaaaaa...
kamu jawab sendiri la.


rakan seperjuangan Jah.